Menghangatkan lagi persaingan dalam segmen supermini atau ‘hot hatch’ di Eropah adalah Hyundai i20 N baharu. Tidak seperti i20 N Line yang diperkenalkan beberapa minggu yang lalu, ini adalah model N sebenar yang mampu beraksi di litar lumba.
Diinspirasikan oleh jentera rali i20 WRC, i20 N hadir dengan ‘nadi’ turbo 1.6-liter empat silinder GDi yang menghamburkan 204PS dari 5,500 hingga 6,000 rpm dan 275Nm dari seawal 1,750 hingga 4,500 rpm. Dengan berat hanya 1,190kg, ia boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 230km/j.
Buat masa ini, i20 N didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan sahaja. Unit terbabit mempunyai klac yang lebih lasak serta ciri pemadanan rev (Rev Matching) yang boleh diaktifkan dengan menekan butang merah pada stereng.
Selain itu, terdapat juga ciri Launch Control dan mod pemanduan Normal, Eco, Sport, dan N . Satu lagi mod iaitu N Custom membolehkan pemandu menetapkan tindak balas enjin, ekzos, stereng, ESP dan Rev Matching secara individu. Bagi mendapatkan tahap cengkaman lebih tinggi, pelanggan boleh mendapatkan Limited Slip Differential mekanikal (m-LSD).
Menurut Hyundai, casis i20 N ditala dan diperkuatkan bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan terkawal. Ini termasuk menggunakan sendi, gegelung dan penyerap hentak baharu. Sistem brek pula terdiri daripada cakera berukuran 320mm pada bahagian hadapan, 40mm lebih besar berbanding cakera pada i20 biasa.
Unit yang ditampilkan ini menggunakan warna tradisi model N iaitu Performance Blue, dengan padanan bumbung berwarna hitam dan aksen merah di sekeliling badannya. Ia memakai rim aluminium 18 inci berwarna kelabu matte serta kit badan yang sporty dengan lubang ambilan udara pada bahagian bawah bampar hadapan, logo ‘N’ pada gril, spoiler dan diffuser belakang.
Seperti yang dijangka, ruang kabin turut menampilkan suasana yang sporty menerusi kehadiran aksen Performance Blue, tempat duduk dan stereng sport, set pedal logam dan tombol gear N yang eksklusif. Hyundai i20 N akan memasuki pasaran Eropah bermula awal tahun hadapan.
Erywan
Fri Oct 23 2020
Sarah Yasmine Tegur Netizen Gaduh Di Ruangan Komen - “Nak Benci Saya, Benci, Nak Main-Main Dengan Agama Aku Block”
Jangan gaduh gaduh di ruangan komen ya.
Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
“Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory
Ruhainies anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.
Nigel Payung Barang Boek! Menangis Isha dapat…. | Motif Trending
Fuyooo bestnya! Mintak barang terus dapat eh. Jeles lah macam ni! Korang kat sini siapa beli produk Capcity ni??
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...