Tempatan
Hyundai Kona 1.6 Tubro dan 1.6 Turbo N Line Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM146,888
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan utilti sukan (SUV) segmen B spesifikasi tertinggi menerusi Kona 1.6 Tubro dan 1.6 Turbo N Line.
Perbezaan harga antara 1.6 Turbo dengan 1.6 Turbo N Line itu adalah RM10,000 yang masing-masing dijual bermula RM146,888 serta RM156,888.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-1-6-t-01.jpg)
Luarannya tampak menyerlah terutama pada bahagian hadapan dengan penggunaan panel pelindung, lampu LED siang nipis yang panjang dan jeriji tengah besar.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-1-6-t-02.jpg)
Versi 1.6 Turbo N Line pula dilengkapi bampar mempunyai lip aerodinamik yang mana bahagian sisinya seakan-akan sirip jerung untuk membuatkan tampak spory.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-1-6-n-line-01.jpg)
Ruang dalaman bagi kedua-dua varian itu mempunyai rekaan seakan-akan Kona 2.0 dengan mempunyai digital kluster 10.25 inci dan tambahan skrin AVN bersaiz 8 inci.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-1-6-n-line-02.jpg)
Kedua-dua varian itu berkongsi enjin Smartstream 1.6 T-GDi yang dipadankan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan Smartsteam 7DCT generasi kedua.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-1-6-n-line-04_1.jpg)
Enjin itu memberi prestasi dinamik dengan menawarkan pemanduan selesa dan lancar, selain pembebasan emisi yang rendah serta tahap penggunaan bahan api lebih cekap.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-1-6-n-line-03_1.jpg)
Bagi memberi ketenangan minda, Kona ditawarkan jaminan lima tahun atau 300,000km dan tiga tahun atau 50,000 perkhidmatan penyelenggaraan percuma.
Must-Watch Video