Hyundai Kona 1.6 Tubro dan 1.6 Turbo N Line Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM146,888
Erywan
30/07/2021 07:50 MYT
30/07/2021 07:50 MYT
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan utilti sukan (SUV) segmen B spesifikasi tertinggi menerusi Kona 1.6 Tubro dan 1.6 Turbo N Line.
Perbezaan harga antara 1.6 Turbo dengan 1.6 Turbo N Line itu adalah RM10,000 yang masing-masing dijual bermula RM146,888 serta RM156,888.
Bagi versi 1.6 Tubro, ia berkongsi penampilan luaran dan dalam seperti varian Kona 2.0 Active kecuali tidak mempunyai rak bumbung serta cat dwi-warna.
Luarannya tampak menyerlah terutama pada bahagian hadapan dengan penggunaan panel pelindung, lampu LED siang nipis yang panjang dan jeriji tengah besar.
Bampar utama juga menghubungkan dengan pelindung gerbang roda sekali gus membentuk penampilan unik. Di bahagian belakang, lampu baru didatangkan pencahayaan grafik secara mendatar.
Versi 1.6 Turbo N Line pula dilengkapi bampar mempunyai lip aerodinamik yang mana bahagian sisinya seakan-akan sirip jerung untuk membuatkan tampak spory.
Perbezaan pada sisi boleh dilihat dengan pelindung dapra menggunakan cat sama dengan badan dan penggunaan rim 18 inci, selain bampar belakang dilengkapi pula peresap warna kontras serta muncung peredam berkembar.
Ruang dalaman bagi kedua-dua varian itu mempunyai rekaan seakan-akan Kona 2.0 dengan mempunyai digital kluster 10.25 inci dan tambahan skrin AVN bersaiz 8 inci.
Suasana ruang kabin itu lebih menarik dengan kemasan pencahayaan baharu pada keliling letak minuman pada konsul tengah dan juga tempat pemijak kaki bahagian penumpang serta pemandu. Tidak lupa juga kemasan aluminium di sekeliling corong penyaman udara dan pembesar suara.
Kedua-dua varian itu berkongsi enjin Smartstream 1.6 T-GDi yang dipadankan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan Smartsteam 7DCT generasi kedua.
Ia boleh menyalurkan kuasa maksimum 198PS pada 6,000rpm dengan tork setinggi 265Nm antara 1,600 sehingga 4,500rpm.
Enjin itu memberi prestasi dinamik dengan menawarkan pemanduan selesa dan lancar, selain pembebasan emisi yang rendah serta tahap penggunaan bahan api lebih cekap.

Varian baharu itu turut ciri keselamatan aktif dan teknologi bantuan pemanduan, Hyundai Smartsense membabitkan Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA) dengan Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA), Smart Cruise Control dengan Stop and Go dan banyak lagi.
Bagi memberi ketenangan minda, Kona ditawarkan jaminan lima tahun atau 300,000km dan tiga tahun atau 50,000 perkhidmatan penyelenggaraan percuma.