Hyundai Kona Dan Sonata Lancar Di Malaysia, Harga Masing-Masing Bermula RM115,888 Serta RM189,888
Erywan
30/10/2020 07:27 MYT
30/10/2020 07:27 MYT
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan dua model baharunya menerusi Hyundai Sonata dan Kona buat pasaran Malaysia.
Kenderaan segmen D, Sonata kini kembali dengan versi serba baharu sekali gus bakal mendahului dalam kategori itu dari segi reka bentuk dan teknologi terkini.
Dari segi reka bentuknya, ia kelihatan cukup sporty dan elegan dengan bumbung belakang berbentuk coupe serta membuatkan tampak menyerlah menerusi pendekatan rekaan Sensuous Sportiness.
Bahagian hadapan, gril gril Cascading yang lebih lebar dan agresif yang kelihatan bersambung dengan lampu utama LED trapezoidal yang nipis.
Dari segi ukuran dimensi, Sonata terbaru ini lebih besar berbanding model sebelumnya. Panjangnya kini 4.9 meter (m) dan lebar (1.89 m) dimana 45 mm lebih panjang dan 25 mm lebih lebar.
Pada masa sama, jarak antara roda Sonata baharu itu adalah 2.84 meter, lebih panjang sebanyak 35 mm dan lebih rendah sebanyak 30 mm iaitu pada 1,445 mm.
Bagi membezakannya dengan kenderaan segmen D yang lain, Sonata baharu itu dilengkapi dengan bantuan monitor pandangan titik buta di mana paparan video akan kelihatan pada meter kluster digitalnya. Ia tidak ada pada model segmen D yang lain.
Dari segi enjinnya pula, Hyundai Sonata dijanakan rangkaian kuasa 2.5 liter Smartstream MPI empat-silinder petrol. Ia menyalurkan 180hp pada 6,000 rpm dan tork 232Nm pada 4,000 rpm dan kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.
Sonata baharu ini hanya hadir satu varian sahaja iaitu SmartStream G2.5 yang dijual pada harga RM206,888. Bagaimanapun, HSDM menawarkan harga istimewa bagi pembeli 50 unit pertama yang dijual pada harga RM189,888 (Semenanjung Malaysia atas jalan tidak termasuk insurans).
Sementara itu, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kompak, Hyundai Kona akan menyertai model-model SUV lain HSDM seperti Tucson Santa Fe. Selain Kona juga menjadi model pertama SUV kompak segmen B yang dijual oleh HSDM untuk pasaran Malaysia.
Buat pengetahuan anda, nama Kona diambil dari sebuah daerah di Hawaii, Amerika Syarikat, selain jentera itu menerapkan ciri reka bentuk yang lebih bergaya dan disasarkan kepada masyarakat urban. Mungkin ia akan bersaing dengan Proton X50.
Ciri menarik yang lain boleh dilihat menerusi rekaan lampu utama dan lampu siang LED, selain memberi posisi pemanduan dengan penglihatan lebih baik serta jelas.
Pada masa sama, ia turut dilengkapi paparan head-up yang memaparan pelbagai maklumat kepada pemandu tanpa mengganggu pemanduan mereka serta mempunyai tempat pengecas tanpa wayar.
Ia ditawarkan dengan dua varian enjin iaitu 2.0 MPI dan 1.6 T-GDI. Bagi model 2.0L didatangkan dengan enjin Nu MPI Atkinson naturally aspirated dengan 149 PS/179 Nm, dipadankan bersama kotak gear torque converter automatik enam-kelajuan.
Bagi enjin 1.6 liter T-GDI turbo petrol empat-silinder mampu memberikan 177 PS dan tork 265 Nm, dipadankan dengan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.
Hyundai Kona hadir tiga varian iaitu Standard, Active yang menggunakan enjin 2.0 liter, manakala 1.6 Turbo. Harganya pula, Standard, Active dan 1.6 Turbo masing-masing dijual pada RM123,888, RM138,888 dan RM151,888.
Namun bagi harga pengenalan, ia dijual RM115,888 untuk 2.0 Kona, RM130,888 (2.0 Active) dan RM143,888 (1.6 Turbo).