Hyundai Kona N - SUV Kompak Yang Boleh Pecut 0-100km/j Dalam 5.5 Saat
Erywan
03/05/2021 09:01 MYT
03/05/2021 09:01 MYT
Portfolio Hyundai N nampaknya semakin lama semakin berkembang dengan pengenalan model terbaharu iaitu Kona N. Ia bukan sahaja model N yang kelima daripada syarikat itu tetapi juga kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama yang dimasukkan ke dalam barisan model berprestasi tinggi itu.
Seperti i30 N, Kona N hadir dengan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menjana 280PS dan 392Nm dalam mod normal atau 290PS selama 20 saat dalam mod N Grin Shift (NGS). Transmisi automatik klac berkembar lapan kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa yang terhasil ke roda hadapan menerusi Limited-Slip Differential (LSD) dikawal secara elektronik.
Transmisi yang menggunakan klac basah itu mempunyai tiga mod iaitu N Grin Shift (NGS), N Power Shift (NPS) dan N Track Sense Shift (NTS), masing-masing dengan karakter yang berbeza bagi memaksimumkan keseronokan semasa memandu.
Dari segi prestasi, Kona N boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 5.5 saat dengan bantuan sistem Launch Control, dan mencapai kelajuan maksimum 240km/j.
Sebagai sebuah model N sebenar, ia didatangkan dengan beberapa kelengkapan tambahan yang tidak terdapat pada Kona standard. Ini termasuk lip spoiler, skirt sisi, spoiler bumbung, diffuser dengan muncung ekzos berkembar serta rim 19 inci dengan ukuran tayar yang lebih lebar.
Warna eksklusif Sonic Blue yang diperagakan ini diinspirasikan oleh rona Performance Blue yang digunakan pada model-model N terdahulu. Ia disudahi dengan jalur merah pada bahagian badan yang menghasilkan imej kontras yang menarik.
Ruang dalaman pula menampilkan dua paparan berukuran 10 inci, yang mana satu digunakan sebagai kluster instrumen dan satu lagi untuk sistem infotainmen. Turut disertakan adalah paparan ‘head-up’ yang dikatakan mempunyai grafik seperti permainan video.