Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hyundai Staria, MPV Premium Harga Bermula RM358,888

Erywan
28/10/2021 09:43 MYT
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan model MPV baharu menerusi Staria ke pasaran buat pasaran tempatan.

Staria ini bukannya pengganti Hyundai Starex, tetapi tambahan barisan bagi keluarga MPV buat HSDM, selain menjadi pesaingan sengit buat model Toyota Alphard atau Vellfire.

Dari segi harga pun, Hyundai Staria 2022 yang diimport sepenuhnya dari Korea Selatan dijual pada RM358,888. Jika memilih versi dengan jaminan tambahan lima tahun lagi, harganya ialah RM368,888.


Untuk makluman, Hyundai Staria itu ditawarkan hanya satu varian sahaja di Malaysia yang mempunyai tujuh tempat duduk, ia berbeza dengan pasaran luar negara yang mempunyai 10 dan 11 kerusi.

Dari segi reka bentuknya, ia tampil dengan rekaan futuristik dan berbeza dengan pesaingnya yang lain. Ini kerana reka bentuknya diinspirasikan daripada kapal angkasa dan boleh dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan dan tingkap sisi yang besar.


Bahagian hadapan, ia diserlahkan menerusi penggunaan lampu utama LED pada bampar, manakala lampu DRL nipis melintang dari kiri ke kanan. Bahagian belakang pula lebih menarik selepas dilengkapi lampu LED Parametric Pixel yang sama seperti model Ioniq 5.

Ruang kabin Hyundai Staria, perkara yang paling menarik adalah tempat duduk baris kedua ‘Premium Relaxation Seats’ jenis captain seat itu boleh dibaringkan secara elektrik. Ternyata ruang kaki untuk penumpang barisan kedua dan ketiga sangat luas dan selesa.


Dengan cuaca panas di negara ini, corong penyaman udara baris kedua dan ketiga diletakkan pada bahagian siling lengkap dengan unit kawalan zon tunggal secara berasingan.

Dari segi rangkaian kuasanya, Hyundai Staria dijana enjin 2.2 liter diesel turbo CRDi yang sama dengan SUV Santa Fe. Ia mampu menjana 177 PS dan tork 431Nm yang mana ia dipadankan transmisi automatik.


Ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi enam beg udara, bantuan mengelak pelanggaran depan, titik buta dan lintasan trafik belakang, bantuan pengekalan laluan (LKA), bantuan mengikut laluan (LFA), kamera keliling, kawalan jelajah pintar, bantuan suluhan tinggi serta sistem pemantauan tekanan tayar.

;