Tempatan
Imej Nissan 400Z Versi Pengeluaran Bocor!
Khabar tentang kehadiran Nissan 400Z ini sudah lama tersebar dan terkini muncul imej versi pengeluaran model berkenaan di laman Instagram. Bagaimanapun gambar berkenaan sudah pun dipadamkan.
Imej bocor terbabit menunjukkan muka depan, belakang dan bahagian kabin yang dirakamkan seolah di dalam kilang. Penampilannya tidak banyak berbeza dengan model konsep Z Proto menerusi gaya rekaan inspirasi retro. Bahagian depan didatangkan dengan salur udara berbentuk segi empat manakala belakang menunjukkan hud spoiler kecil yang dipadankan dengan kemasan dua rona warna dan dua ekzos krom.
Lampu belakang menampilkan penggayaan retro. Imej kabin pula menunjukkan kelompok instrumen digital dan sistem hiburan moden. Kabin hitam dipadankan dengan stereng logo Z dan butang kawalan hiburan, manakala di tengah papan pemuka tersedia tambahan tiga meter manakala bentuk tuil gear automatik terlihat moden.
Difahamkan Nissan 400Z bakal dijana enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar dengan kuasa 400hp dan tork 474Nm bersama transmisi automatik 7-kelajuan. Difahamkan juga model sekian lama dinantikan itu bakal membuat kemunculan pada hujung tahun ini.
Must-Watch Video