Tempatan
Indonesia Lancar Honda PCX 160, Data Ujian Pecutan Lebih Laju Dari PCX 150
Sebelum ini, Thailand memperkenalkan Honda PCX 160 lebih tepat tahun lalu. Baru-baru ini, Indonesia pula memperkenalkan skuter maksi berkenaan pada harga mula Rp 30.4 juta (RM8,800).
Dilengkapi enjin baharu 160cc, 4-lejang bersama teknologi eSP+ menawarkan tunggangan selesa jarak jauh mahupun di kawasan bandar.
Honda PCX 160 (2021) menjanjikan prestasi lebih berkuasa berbanding sebelumnya dengan output 11.8kW pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500rpm, manakala PCX 150 menjana kuasa 10.8kW dan tork 13.2Nm.
Peningkatan kuasa terbabit hasil naik taraf diameter silinder (bore) dari 57.3 kepada 60.0mm manakala jarak piston (stroke) menjadi lebih pendek iaitu 57.9 kepada 55.5mm. Sesaran enjin pula meningkat dari 149cc kepada 157cc.
Justeru itu, dengan beberapa penambahbaikan berkenaan adakah PCX 160 bakal menggunakan data yang sama dengan mengambil kira berat yang masih kekal, manakala dari segi pecutan adakah model serba baharu itu turut meningkat?.
Oleh itu, portal automotif Indonesia, TMCblog melakukan ujian pecutan menggunakan RaceLogic V-Box pada sesi tunggang uji dianjurkan oleh PT Astra Honda Motor Indonesia.
Pada ujian tersebut TMCblog menyatakan ketika tunggangan di jalan lurus dengan gaya drag bike dari posisi pegun, PCX 160 mampu mencapai kelajuan maksimum 90km/j sehingga ke hujung trek.
Dari segi rasa, agak subjektif namun tunggangan dari sifar ke 20kmj ke 40kmj penghantaran kuasa terus mengisi. Bagaimanapun ini mengambil kira pecutan dari 0-60kmj kerana litar yang pendek menyebabkan ujian tidak dapat mencapai 100km/j.
Selain itu, mengambil kira kegunaan harian tentunya pengguna tidak akan memecut laju terutamanya di kawasan urban jadi adalah lebih sesuai ujian dilakukan dalam julat pecutan sehingga 60km/j saja. TMCblog melakukan lima kali ujian untuk mendapat data pecutan berkenaan dengan menggunakan kaedah yang sama mengukur motosikal lain sebelum ini.
Ia merangkumi pulasan pendikit, brek depan/belakang aktif dan laluan lapang barulah brek digunakan. Hasilnya pecutan PCX 160 dari 0-60kmj mengambil masa 5.59 saat dengan ketinggian 160cm dan berat 64kg penunggang uji.
Menerusi data grafik boleh dikatakan PCX 160 mengambil masa dari permulaan pergerakkan hingga 40km/j. Selepas mencapai 40km/j ke atas barulah pecutan yang dicapai lancar tanpa terbeban.