Antarabangsa

Indonesia terima Yamaha Nmax baharu, Malaysia adakah tahun hadapan?

Erywan
04/12/2019
04:21 MYT
Indonesia baru sahaja menyaksikan pelancaran model skuter baharu Yamaha Nmax yang kini didatangkan dengan beberapa ciri pembaharuan menarik.
Perubahan paling menarik membabitkan set lampu dengan edisi 2020 adalah padanan lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang. Lampu utama juga diserikan dengan lampu DRL. Selain itu, skuter ini juga dipasang ciri pengelip lampu tinggi pada bahagian konsol kawalan pada kiri hendal. Jentera ini juga ada suiz lampu amaran kecemasan.
Skuter ini menggunakan enjin satu silinder berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core dan Variable Valve Actuation. Nmax mampu hasilkan kuasa 15.4PS pada 8,000rpm dan tork sekuat 13.9Nm pada 6,500rpm. Jentera itu menggunakan kotak gear automatik serta turut dilengkapi sistem brek cakera pada kedua-dua roda bersama teknologi sistem brek antikunci.
Sebagai tambahan, Nmax kini didatangkan dengan ciri kawalan cengkaman. Ciri berkenaan akan mengaktifkan brek secara automatik apabila mengesan ada gelinciran tayar atau apabila diperlukan. Yamaha masih mengekalkan fungsi Stop & Start yang mematikan motosikal apabila berada dalam keadaan pegun dan menghidupkan kembali dengan pulasan pendikit.
Sistem suspensi skuter ini ada peningkatan dengan padanan absober berkembar baharu untuk tunggangan lebih lancar. Gugusan meter pula memaparkan semua maklumat penting termasuk kelajuan semasa dan maklumat untuk dua trip selain purata penggunaan bahan api. Skuter ini menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci dan boleh disambungkan untuk mengecas telefon anda.
Nmax baharu juga ada sambungan Bluetooth yang membolehkan anda menghubung skuter dengan aplikasi Yamaha. Ini termasuk notifikasi pemanggi dan pesanan, tempat parkir dan penyelenggaraan yang disyorkan, penggunaan minyak serta kerosakan yang dikesan. Ada dua pilihan varian iaitu dengan ciri ABS dan Kawalan Cengkaman atau skuter tanpa sistem ABS.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Yamaha Y16ZR Edisi DOXOU, Hanya 5,000 Unit Harga Bermula RM11,688

gempak
21/10/2021
02:40 MYT
Bagi membuatkan ia lebih unik dan eksklusif, setiap pembelian akan menerima sijil.
drebar

Yamaha TMAX 560 Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM72,288

gempak
18/10/2021
05:42 MYT
Sesuai untuk tunggangan di bandar dan perjalanan jauh itu dilengkapi dengan enjin empat lejang DOHD dua silinder bersesaran 562cc.
drebar

Buat Peminat Star Wars, Yamaha NMAX Ini Harus Dimiliki

gempak
23/06/2021
07:54 MYT
Ditawarkan dengan dua varian iaitu Rebell Alliance atau Galactic Empire.
drebar

Yamaha NMAX Tambah Dua Warna Baru - Power Grey Dan Icon Grey

gempak
31/05/2021
07:10 MYT
Harganya masih tidak berubah yang mana ia dijual pada RM8,998 tidak termasuk insurans dan bayaran pendaftaran.
drebar

Kenali Ciri Baharu Yamaha NVX 2021 Dengan Fungsi Y-Connect, Harga Bermula RM8,998

gempak
28/04/2021
17:23 MYT
Ia menjadi model pertama di Malaysia yang mempunyai ciri Y-Connect.