TEMPATAN
Ini 10 Ciri Honda CBR150R Baharu Yang Anda Perlu Tahu, Harga Bermula RM12,499
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda CBR150R baharu, iaitu motosikal sport berprestasi tinggi dengan gaya perlumbaan dan dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi.
Prestasi dan pengendalian menonjolkan kehebatan motosikal sport yang sejati. CBR150R memadankan prestasinya dengan ciri-ciri yang canggih dengan menampilkan aura reka bentuk seakan motorsikal berkuasa tinggi.

2. Motorsikal ini di lengkapi dengan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc, mampu menyalurkan 16hp pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm pada 7,000 rpm. Digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, CBR150R memberikan prestasi terbaik di kelasnya.

4. Selain itu, Klac Assist & Slipper meningkatkan tunggang menyeronokkan dengan mengelakkan gelinciran tayar belakang yang disebabkan oleh brek enjin semasa penurunan ekstrem, selain penunggang dapat mengalami operasi klac lebih lancar.

6. Suspensi depan terbalik bersama dengan posisi menunggang ‘racy’ ke depan dan fairing penuh menyerlahkan gaya perlumbaannya.

8. Sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), yang secara automatik mengaktifkan lampu bahaya apabila brek dikendalikan untuk memberi amaran kepada persekitaran.

10.Harganya pula, ia dijual pada RM12,499.

Must-Watch Video