Ini 10 Ciri Honda CBR150R Baharu Yang Anda Perlu Tahu, Harga Bermula RM12,499
Erywan
07/09/2021 13:18 MYT
07/09/2021 13:18 MYT
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda CBR150R baharu, iaitu motosikal sport berprestasi tinggi dengan gaya perlumbaan dan dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi.
Prestasi dan pengendalian menonjolkan kehebatan motosikal sport yang sejati. CBR150R memadankan prestasinya dengan ciri-ciri yang canggih dengan menampilkan aura reka bentuk seakan motorsikal berkuasa tinggi.
1. Dibangunkan dengan konsep siri CBR "Total Control", model CBR150R ini menawarkan reka bentuk motorsikal yang lebih ringan dan agresif, berteknologi tinggi, trend terkini, dengan kawalan lengkap dengan keinginan penunggang.
2. Motorsikal ini di lengkapi dengan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc, mampu menyalurkan 16hp pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm pada 7,000 rpm. Digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, CBR150R memberikan prestasi terbaik di kelasnya.
3. CBR150R dilengkapi dengan “Anti-Lock Braking System” 2 Saluran (ABS) yang memberikan keselesaan dan keyakinan membrek kepada penunggang.

4. Selain itu, Klac Assist & Slipper meningkatkan tunggang menyeronokkan dengan mengelakkan gelinciran tayar belakang yang disebabkan oleh brek enjin semasa penurunan ekstrem, selain penunggang dapat mengalami operasi klac lebih lancar.
5. Bentuk badan yang agresif membangkitkan perasaan seperti sebuah motorsikal berkapasiti tinggi. Ia diperkuatkan lagi dengan sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang diperoleh dari DNA CBR250RR.

6. Suspensi depan terbalik bersama dengan posisi menunggang ‘racy’ ke depan dan fairing penuh menyerlahkan gaya perlumbaannya.
7. Ciri-ciri lain yang turut dilengkapi adalah seperti brek cakera beralun yang menekankan penampilan sporty dan Speedometer Digital penuh.
8. Sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), yang secara automatik mengaktifkan lampu bahaya apabila brek dikendalikan untuk memberi amaran kepada persekitaran.
9.Honda CBR150R baharu boleh didapati dalam 2 pilihan warna iaitu Mat Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red.
10.Harganya pula, ia dijual pada RM12,499.