Sejak dilancarkan pada 2016, generasi ke-10 Honda Civic kini hadir dengan versi dipertingkatkan (facelift) yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Dalam tempoh itu, sudah 50,000 unit ia sudah terjual dan menjadi model paling laris dalam segmen C di Malaysia. Civic juga adalah model simbolik bagi Honda di Malaysia, yang mewakili jenama itu dalam gaya, prestasi dan teknologi.

Kini, ia boleh ditempah di 98 pengedar Honda di seluruh negara, namun harga rasminya masih belum diumumkan lagi. Jadi sebelum anda membuat tempahan, ini perincian baharu yang perlu tahu berhubung Civic facelift itu membabitkan:
  1. Civic baharu kini hadir dengan ciri Teknologi Keselamatan Terkini Generasi Baharu, Honda SENSING yang lengkap yang menawarkan keselesaan, kemudahan dan paling penting keselamatan. Ia hadir dengan ciri Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow (LSF), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Pengelak Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).
  2. Ia akan hadir dengan ciri keselamatan inovatif iaitu kamera LaneWatch Honda untuk memberi pandangan yang lebih jelas bagi kawasan titik buta. Ciri itu sebelum ini ada pada model Honda Accord dan CR-V.
  3. Jentera itu akan hadir dengan Kawalan Jauh Menghidup Enjin dan Brek Parkir Elektrik sebagai ciri standard, selain ciri baharu yang akan dipadankan adalah sensor hadapan.
  4. Pada masa sama, ia ditawarkan dengan ciri keselamatan standard membabitkan enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, ABS, Pengagihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HAS), Camera undur pelbagai sudut dan Isofix tempat duduk kanak-kanak.
  5. Luaran, ia tampil lebih segar dengan tampak sporty dan lebih kemas selepas ia hadir dengan bampar hadapan dan belakang baharu, spoiler pada but belakang, jeriji kemasan hitam dan rim 18 inci baharu.
Dari segi rangkaian kuasanya, ia masih menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbocharged yang menyalurkan 173PS dan tork mencecah 220Nm. Bagi enjin 1.8 liter NA pula, ia mengekstrak 141hp dengan tork setinggi 174Nm. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan transmisi CVT.