Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini 5 Kereta Yang Tidak Disukai Lewis Hamilton

Erywan
14/05/2020 07:41 MYT
Hamilton bukan sahaja ‘superstar’ F1, tetapi seorang peminat tegar kereta. Inilah pendapatnya mengenai beberapa kereta yang pernah dipandunya dan semua sedia maklum Lewis Hamilton dengan pantas menjadi salah satu pelumba terhebat yang pernah disaksikan dunia.

Kejayaannya boleh dilihat menerusi kemenangan enam gelaran juara dunia dan jika F1 (2020) bermula pada bulan Julai, mungkin Lewis bakal merekodkan kemenangan ketujuh musim ini setanding rekod legenda Michael Schumacher.

Lewis bukan hanya menikmati keseronokkan saat memandu jentera F1, namun dia juga sukakan model-model jalanan dan memiliki beberapa koleksi kereta sejak beberapa tahun. Bahkan Lewis sendiri lantang menyuarakan pendapatnya tentang model-model kereta yang pernah dipandunya.

Bagaimanapun, ini lima model yang tidak disukai oleh Lewis Hamilton berdasarkan laporan laman hotcars.com.


1.Mercedes Maybach S600

Jelas ini bukan kereta yang dihargai mahupun mampu menambat Hamilton. Kerana beberapa tahun yang lalu dia menjual model Mayback S600 miliknya mungkin untuk mengosongkan ruangan parkir untuk edisi model lebih terkini. Model itu hanya merekodkan perbatuan 44257km dan hanya dijual pada harga $145,000 (RM628,430).


2.McLaren MP4-26

Ini adalah satu lagi kereta McLaren F1 yang mungkin tidak disukainya. Lewis memenangi tiga perlumbaan pada tahun 2011 namun musim itu sedikit mengejutkan buat Lewis kerana berulangkali kemalangan. Lewis Hamilton melalui tahun yang suram pada umumnya.


3.Pagani Zonda

Agak pelik kerana kereta ini berada dalam garajnya namun Lewis bukanlah peminat Zonda. Dia pernah bertembung dengan kereta itu di Monaco.


4.Ford Mustang GT500

Senarai ini mungkin pelik. Namun Hamilton miliki GT500 namun dia tidak begitu meminatinya. Sebenarnya Lewis miliki unit replika yang asli buatan khas untuknya. Walaupun Lewis menyukai penampilan Ford Mustang tetapi tidak untuk pemanduan.


5.McLaren MP4-24

Walaupun Lewis memenangi perlumbaan di setiap kereta F1 yang dia pandu, dia mungkin tidak menyukai MP4-24. Tahun 2010 adalah musim naik turun bagi dirinya dan McLaren serta dia hanya memenangi tiga perlumbaan pada tahun itu.

Sumber: www.hotcars.com
;