Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Antarabangsa

Ini 5 Pelumba Otai Menjadi Inspirasi Generasi Muda Dalam Dunia Permotoran

Erywan 06/08/2020 | 01:25 MYT

Lumba motosikal kadang kala menjadi ubat menghilangkan stress bagi sesetengah orang dan tidak semua punya hati kental untuk menunggang pada kelajuan tinggi.

Namun itu berbeza buat pelumba sukan pemotoran kerana mereka sering kali dijadikan inspirasi mahupun ikon buat peminat sukan lumba.
Ini 5 pelumba yang kerap dijadikan inspirasi yang mempunyai rekod cemerlang dalam dunia permotoran.
1. Giacomo Agostini, 77 (MV Agusta, Yamaha)

Nama panggilan Ago (bermaksud jarum) adalah mantan pelumba MotoGP. Berasal dari Itali, Ago mencipta rekod paling banyak menerima kemenangan dan juara dunia dalam MotoGP iaitu 122 kemenangan GP dan 15 gelaran juara dunia. Bahkan 58 kemenangan dan 8 kali juara dunia dalam kelas 500cc selebihnya 350cc.

Bukan itu sahaja, pada tahun 1968-1972 Ago menang dua gelaran juara dunia dalam kelas 350cc dan 500cc bahkan dia hampir menang semua perlumbaan untuk lima musim berturut-turut. Ketika itu pencabar dekatnya ialah Jim Redman dan Mike Hailwood.
Beliau turut bertanding dalam perlumbaan paling merbahaya iaitu Isle of Man TT dan merekodkan kemenangan sebanyak 10 kali. Ketika itu, beliau berlumba menggunakan motosikal MV Agusta dan 1974 meninggalkan pasukan tersebut lalu menyertai Yamaha. Selain itu, Ago menggunakan motosikal jenama Moto Morini dan Suzuki dalam MotoGP.
2. Valentino Rossi, 41 (Yamaha, Honda, Aprilia, Ducati)

Rossi atau nama gelaran The Doctor masih lagi berlumba dalam MotoGP walaupun sudah berusia 41 tahun. Juara Dunia MotoGP sembilan kali yang mana tujuh gelaran dalam kelas premier manakala selebihnya dalam kelas 250cc dan 125cc. Rekod itu tidak akan terhenti kerana pelumba senior itu masih lagi bertanding dalam MotoGP.

Rossi mencatatkan 115 kemenangan secara keseluruhan dan masih ada peluang untuk memecah rekod Ago. Satu lagi rekod yang dipegang oleh Rossi ialah memenangi gelaran MotoGP dengan konfigurasi enjin yang pelbagai 2-lejang 125cc, 250cc, 500cc hingga ke 4-lejang 800cc.
Sepanjang kariernya Rossi mencatatkan kemenangan bersama Aprilia, Honda dan Yamaha.
3. Guy Martin, 38 (Honda, Suzuki, BMW)

Guy Martin pelumba British ini terbabit dalam perlumbaan Isle of Man TT dan beberapa pertandingan lain di UK. Dia merekodkan 17 kemenangan podium pada Tourist Trophy. Martin pernah mengalami patah tulang belakang sebanyak dua kali pada perlumbaan Isle of Man TT (2020) dan Ulster Grand Prix (2015).

Bagaimanapun, ia tidak menghentikan dia dari berlumba dan kembali semula pada Isle of Man TT (2017). Sayangnya kemalangan pada pusingan pertama menunggang RST Superbike memaksa dia bersara selamanya dari arena perlumbaan. Antara siri perlumbaan yang disertainya ialah Isle Man of TT, Ulster GP, Northwest 200 dan Tandragee 100.
Sepanjang kariernya, beliau menggunakan Honda, Suzuki dan BMW. Martin juga terbabit dengan pengacaraan TV antaranya Speed with Guy Martin atau TT3D Closer to the Edge iaitu dokumentari tentang Isle Man of TT.
4. Marco Simoncelli (Gilera, Honda)

Simoncelli adalah pelumba MotoGP dan berkecimpung dalam acara berkenaan selama 10 tahun (2002-2011). Dia menjuarai kelas 250cc MotoGP pada 2008 menunggang Gilera. Kemudian, berpindah ke kelas MotoGP (2010) dan berlumba selama dua tahun sehinggalah dia kehilangan kawalan Honda RC212V di Litar Sepang pada 2011 dan meninggal dunia.

5. Mick Doohan, 54 (Honda)

Doohan bekas pelumba MotoGP merekodkan gelaran juara lima kali berturut-turut pada kelas 500cc. Walaupun dia bukanlah pelumba teratas mengambil kira bilangan gelaran juara dimiliki, namun rekod kemenangan lima tahun berturut-turut itu hampir melepasi rekod Agostini (7 kali berurut-turut).

Pesaingnya, Rossi dan Marc Marquez hanya merekodkan lima dan empat kemenangan berturut-turut dalam kelas premier MotoGP.
Sepanjang 11 tahun karier MotoGP, Doohan hanya berlumba menggunakan jentera Honda malangnya dia perlu bersara selepas kemalangan dalam peringkat kelayakan Spanish Grand Prix (1999).

;