Buat peminat dalam dunia modifikasi, nama penala rasmi Toyota, TOM’S sebenar sudah tidak asing lagi buat mereka.

Bagi projek terbarunya, TOM’S menjalani berkolaborasi dengan majalah gaya hidup Jepun, Safari untuk menghasilkan Toyota GR Supra bagi memberi penghormatan kepada mendiang Paul Walker.

Untuk kekal unik, hanya tiga unit sahaja yang ditawarkan. Sekiranya, ramai yang menempahnya, bakal pemilikinya dipilih berdasarkan undian. Harganya pula bermula 12.97 juta Yen (RM487,912).

Bagi mengetahui apa perbezaan, kami senaraikan pengubahsuaian yang dilakukan membabitkan:


1. Warna Putih Matte

Model 80 Supra yang disukai Paul Walker secara peribadi adalah berwarna putih. Model khas itu juga berwarna putih, tetapi sedikit berbeza kerana ia dicat dengan putih matte.


2. Spoiler Lebih Tinggi
Ia mengunakan spoiler lebih tinggi seperti model 80 Supra yang digunakan oleh Paul ketika berlakon.


3. Prestasi Ditingkatkan Sehingga 426ps

Kuasa jentera itu ditingkatkan dengan penggunaan "TOM'S Power Box”. Ia menghasilkan output dan tork yang lebih baik tanpa menjejaskan ketahanan. Kuasa maksimum meningkat daripada 387 ke 426ps.


4. Pengendalian Mantap
Menukar suspensi asal kepada KW Versi 3 yang boleh laras tekanan peredamnya. Untuk mengubahnya, ia tidak perlu menyediakan alat khas.


5. Rim BBS LM
Bagi membuatkan lebih ‘kacak’, ia dilengkapi dengan set rim 20 inci aluminium. Sejak diperkenalkan pada 1994, rim itu menjadi pilihan peminatnya di seluruh dunia. Nama LM itu juga berasal dari perlumbaan ketahanan 24 jam Le Mans.

6. Ruang Dalaman
Biarpun tidak didedahkan ruang kabin, tetapi Safari mengatakan bahawa bahagian dalaman dipenuhi dengan material kulit, selain dibaluti material gentian karbon pada papan pemuka dan panel pintu.