Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini 7 Ciri Honda RS-X Baharu, Harga Bermula RM8,688

Erywan
01/11/2021 16:08 MYT
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda RS-X baharu dengan sentuhan Super Sport bagi memberikan sebuah gabungan yang sempurna dengan gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri terkini kepada pengguna Malaysia.

Untuk perincian lanjut, ini ciri-ciri yang ada pada Honda RS-X membabitkan:


1. Gaya Sporty

Untuk gaya yang sporty, RS-X diberi penekanan terhadap full cowl appearance yang direka secara aerodinamik, muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan sleek super slim tail. Sistem lampu LED penuh bukan sahaja menjadikan Honda RS-X sebagai tarikan di atas jalan raya, tetapi ia juga meningkatkan daya penglihatan ketika menunggang dalam keadaan yang berbeza.


2. Enjin 150cc

Prestasi yang tinggi adalah hasil daripada enjin DOHC penyejuk cecair 150cc yang digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm pada 7,000 rpm. Ciri PGM-FI (Programmed Fuel Injection), membolehkan penjimatan bahan api yang ketara serta mengurangkan pencemaran.


3. Bunyi Ekzos Yang Menarik

Ekzos bukan sahaja direka bentuk seperti motorsikal besar, tetapi juga memberikan bunyi yang menarik, memberikan Honda RS-X perasaan tersendiri seakan berada di perlumbaan.


4. Ciri ABS 1 Saluran

Honda RS-X dilengkapi dengan ciri berteknologi tinggi seperti ABS 1 saluran untuk memberi tunggangan yang selesa dan lebih yakin ketika membrek.


5. Meter Kelajuan Digital

Honda RS-X dilengkapi dengan kemudahan lain seperti suis pembuka tempat duduk, sealed chain drive dan Speedometer Digital penuh. Model ini juga mesra alam dengan mematuhi piawaian EURO


6. Tiga Pilihan Warna

Honda RS-X baharu boleh didapati dalam pilihan tiga pilihan warna iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.


7. Harga

Motosikal moped itu dijual pada RM8,688 yang mana penghantaran kepada semua pengedar sah akan bermula tidak lama lagi.

#honda
;