Modifikasi
Ini baru betul ubah suai untuk Ducati Panigale 1199S, habis RM70,000!
Ini baru betul gila Superbike, kos modifikasi sahaja hampir RM70,000 belum harga motosikal lagi. Tengok penampilannya sahaja pun dah geram, apatah lagi jika dapat menunggang jentera kegilaan ramai itu.
Jika anda ingin tahu, ini adalah Ducati Panigale 1199S dari utara tanah air. Jentera itu sememangnya amat luar biasa dan jauh beza dari varian standard.
Boleh dikatakan semua komponen asal, semua digantikan dengan produk dan aksesori yang bermutu tinggi.
Apa yang dah dibuat? Pertama sekali rupa luarannya. Seperti mana diketahui, merah adalah warna rasmi Ducati. Biarpun pemiliknya terus mengekalkan tema warna itu, ia dipersembahkan dengan cara tersendiri.
Keseluruhan badan jentera menggunakan gentian karbon dan turut dikenakan teknik semburan angin dari Ilusart Auto Design di Subang, Selangor.
Sistem exzos ditukar pada jenama Termignoni serta dipadankan rim tempaan Marchesini dengan dibaluti tayar Pirelli SC2 Diablo Supercorsa yang menjadi pilihan pemiliknya.
Tak cukup dengan itu, kuasa hentian diperkuatkan dengan cakera brek floating serta padanan RC19 Brembo, selain kestabilan jentera menggunakan suspensi Ohlins.
Bagi menampakkan pemilik benar-benar menggilai jentera lumba, ia menggunakan bar pengendalian Moto GP bersama Moto GP Start Button bersama tempat duduk tunggal Ducati Performance.
Banyak lagi komponen yang dipasang pada jentera seperti Ducabike Superquadro Clutch Transference, klac Ducabike, brek pam Dukabike, hub geganju Ducabike, skru Ducabike, letak kaki Lightech, pelindung angin MRA, rantai Regina dan banyak lagi.
Buat pengetahuan anda, jentera berkenaan pernah menjadi pilihan juri dan umum pada Perhimpunan Panigale 2015 dan 2016, manakala tahun berikutnya difahamkan motosikal berkenaan tidak dibenarkan bertanding sebaliknya menjadi jemputan khas juri dalam acara terbabit.
Pstt... Ada yang nak beli tak? Difahamkan jentera itu bersedia bertukar pemilik jika kena harganya. Drebar boleh aturkan dan boleh dibawa bincang harganya.
Sedikit infomasi berkenaan varian Panigale 1199 (versi standart) dimana rekaannya menampilkan chasis monokok ‘frameless’ dan enjin Superquadro L-Twin.
Enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 195hp pada 10,750rpm. Varian Panigale 1199 juga adalah antara motosikal yang digunakan dalam kejuaraan World Superbike Championship (WSBK).
Lebih manis pada 2014 sempena perlumbaan WSBK di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ducati melancarkan 1199 Panigale Championship Edition dan hanya 10 unit sahaja varian ini dijual di pasaran Malaysia.
Must-Watch Video