,
Watch

Ini hasilnya apabila Jaguar bergabung dengan Ford

Public Anonymous User
20/09/2018
07:30 MYT
Seorang pemilik bercadang untuk menjual sebuah trak pikap miliknya di mana kenderaan itu merupakan model kombinasi dua jenama popular dunia.
Trak itu adalah gabungan sebuah model sedan Jaguar S-Type R tahun 2000 dan trak jualan paling laris Amerika Syarikat iaitu Ford F-150 edisi 2000.
Dia menamakan kenderaan pacuan empat roda itu sebagai prototaip 2000 J-150 dan menjualnya menerusi laman denver.craigslist.org.
Trak itu mempunyai komponen Jaguar pada bahagian hadapan yang terdiri daripada bonet, set lampu dan jeriji.
Dia turut menambah satu bampar kustom berserta jeriji tambahan untuk melengkapkan wajah trak pikap itu.
Ruang dalaman juga menerima hasil sentuhan naik taraf membabitkan komponen Jaguar. Selain itu, jentera ini juga dipasang sistem ekzos kustom, rim dan lampu selepas jualan.
Enjin yang digunakan adalah daripada Lincoln Navigator iaitu jenis 5.4 liter Triton V8 dengan kotak gear Ford. Padanan itu membolehkan trak ini menghasilkan kuasa 260hp dengan tork 475Nm.
Trak terbabit cuba dijual dengan harga AS$7,000 (sekitar RM39,000) tetapi jika anda mahu menukar warna kenderaan itu, pembeli perlu membayar tambahan AS$4,000 (kira-kira RM16,550).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar