Ini hasilnya apabila peminat rali minat Campervan
Di Malaysia, van lazimnya digunakan tujuan komersial atau dijadikan sebagai pengangkutan awam. Tetapi lain pula ceritanya di United Kingdom, di mana kenderaan seperti ini kerap diubah suai menjadi ‘campervan’.
Apa yang anda lihat ini adalah antara bukti yang trend terbabit sangat popular di negara itu. Dikenali sebagai Ford Transit Custom Campervan, ia dihasilkan oleh dua syarikat yang diiktiraf sebagai Pengubahsuai Kenderaan Berkelayakan (Qualified Vehicle Modifers, QVM) oleh Ford iaitu MS-RT dan Wellhouse.
Steve juga pernah membina sebuah jentera rali Escort Mk2 yang dikuasakan oleh enjin BDG 2.0-liter. Selepas menyertai beberapa kejohanan rali dan sprint dengan kereta itu, beliau mengambil keputusan untuk menjualnya bagi membiayai projek campervan berkenaan.
Seperti yang dikehendaki oleh Steve, bahagian luaran dijadikan lebih agresif menerusi tambahan kit badan MS-RT, rim OZ Racing berukuran 18 inci dalam kemasan anthracite, muncung ekzos berkembar serta grafik pada bahagian badan sebagai penyudah.
Seperti versi standard, ia didatangkan dengan enjin turbodiesel EcoBlue berkapasiti 2.0 liter yang menjana 170PS dan 405Nm, dan transmisi automatik enam kelajuan.