Antarabangsa
Ini Jadual Pergerakan Dan Siapa Individu Dibenarkan Untuk Rentas Negeri Bermula 7 Mei
Mereka yang lama terperangkap di kampung sejak 18 Mac lalu dan mahu pulang ke rumah masing-masing boleh memulakan perjalanan mereka bermula esok.
Namun, mereka perlu mengisi maklumat terlebih dahulu menerusi aplikasi Gerak Malaysia, atau yang tidak mempunyai kemudahan itu boleh membuat permohonan di balai polis berdekatan secara manual.
Aplikasi itu juga akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal pergerakan trafik dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha melakukan pengesanan kontak.
Permohonan tersebut juga merangkumi beberapa aspek seperti maklumat diri, lokasi terkini, tempat yang mahu dituju dan jumlah keluarga.
Sehingga 12 tengah malam 4 Mei, Gerak Malaysia sudah 1.364 juta dimuat turun, dan Polis Diraja Malaysia turut menerima 605,723 permohonan perjalanan antara negeri melalui aplikasi berkenaan.
Bagi memudahkan anda, kami sediakan jadual perjalanan kepada anda.
7 Mei 2020 | Kuala Lumpur |
8 Mei 2020 | Perak, Johor dan Kelantan |
9 Mei 2020 | Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang |
10 Mei 2020 | Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu |
Sebelum anda memulakan perjalanan, pastikan anda dalam golongan atau individu yang dibenarkan untuk rentas negeri. Ini contoh senario yang anda perlu tahu.
Senario yang dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
- Ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap di rumah saya yang ingin pulang ke kampung.
- Saya ingin menghantar ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap ketika berlangsungnya Perintah Kawalan perjalanan (PKP).
- Saya ingin mengambil isteri dan anak yang terperangkap di Gerik. Saya akan membuat perjalanan dua hala ke Gerik dan pulang ke Petaling Jaya.
- Saya adalah penduduk asal Batu Pahat, Johor yang kini bekerja sambilan di Putrajaya sambil menunggu keputusan SPM 2019. Saya berhasrat untuk pulang ke rumah keluarga dan untuk makluman, ayah saya akan mengambil saya di Putrajaya dan membawa saya pulang ke Batu Pahat.
- Anak-anak saya pergi bercuti di rumah atoknya di Senai sebelum PKP dan mahu mengambil mereka pulang ke Klang.
- Saya terperangkap di rumah mertua dan ingin membuat perjalanan pulang ke kediaman sendiri.
- Muatan kenderaan adalah 1 pemandu dan 3 penumpang. Maksima sebanyak 4 orang dalam kenderaan.
Senario yang tidak dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
- Pensyarah atau tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin pulang ke kampung. Menggunakan tempoh perjalanan ini untuk bercuti atau balik kampung.
- Pulang ke kampung untuk mengambil peralatan yang diperlukan untuk tujuan kerja.
- Keluarga yang menetap di sebuah negeri ingin pergi ke negeri lain untuk bersama ahli keluarga yang berkerja di negeri tersebut.
- Apa-apa tujuan merentas sempadan atas urusan peribadi dan tidak melibatkan senario terperangkap.
Must-Watch Video