Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Perbezaan Proton Exora Dan Persona Black Edition Dengan Varian Biasa

Erywan
18/02/2021 04:47 MYT
Bagi tampak lebih elegen dan premium, Proton melancarkan dua model varian Black Edition menerusi Persona dan Exora supaya nampak menarik.


(Proton Exora Black Edition)
Bagi membezakan dengan varian biasa, kedua-dua model itu menerima gril atas hitam dengan dipadankan kemasan emas bagi hiasan bampar depan dan belakang.


(Proton Exora Black Edition)
Kedua-dua turut diserikan dengan rim kemasan emas cuma bagi Exora ia menggunakan roda bersaiz 16 inci, manakala 15 inci untuk Persona. Lampunya pula, Exora dan Persona menerima hiasan lampu depan warna hitam.


(Proton Exora Black Edition)
Menjengah di ruang dalaman pula, Proton menukar gaya tempat duduk dan perapi pintu yang kini menampilkan material kulit hitam sekali gus tampak mewah.


(Proton Exora Black Edition)
Pada masa sama, ia ditambah dengan beberapa kemasan baru pada tombol dan papan pemuka, selain perapi pintu dan konsul lantai warna hitam.


(Proton Saga Black Edition)
Seperti model Exora yang lain, ia turut dilengkapi dengan skrin paparan di bumbung dan juga didatangkan dengan penapis kabin N95 bagi menawarkan perlindungan lebih baik daripada pencemaran luar.


(Proton Saga Black Edition)
Dari segi rangkaian kuasa, kedua-dua model ia masih menggunakan enjin sama dan tiada apa-apa perubahan.


(Proton Saga Black Edition)
Dari segi harganya pula, Exora dan Persona Black Edition dijual pada harga masing-masing RM67,800 serta RM54,700 atas jalan tidak termasuk insurans.


(Proton Saga Black Edition)
Harga itu murah sedikit kerana pengecualian cukai jualan di bawah skim PENJANA sehingga 30 Jun ini. Selepas itu, ia akan dijual pada RM69,800 untuk Exora, manakala Persona berharga RM55,600.

#Proton
;