Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen

Gempak
April 19, 2024 08:55 MYT

Apabila bercakap tentang tandas awam, sudah pasti hal yang sering dibincangkan adalah tahap kebersihan dan keselesaan ketika menggunakannya.

Tentulah, selain sering digunakan oleh orang ramai, tandas awam juga sering dikaitkan dengan stigma sebagai terlalu kotor sehingga kadang-kala enggan digunakan oleh segelintir orang awam.

Lantai basah

Antara perkara yang sering dihadapi oleh pengguna ketika menggunakan tandas adalah keadaan lantai terlalu basah sehingga menyebabkan bendasing dan kekotoran kasut melekat pada lantai.

Lebih memburukkan keadaan, hos yang dipasangkan pada kepala paip juga tidak diletakkan pada penyangkut lalu menyebabkan ia ‘tersadai’ memerangkap kekotoran.

Simple design namun sangat membantu. pic.twitter.com/upFuB9ZVNM

— Twt_Bajet ?? (@twt_bajet) April 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mungkin disebabkan hal itu, muncul idea bernas untuk mengubah lokasi kepala paip pada dinding tandas supaya kejadian seumpamanya tidak berlaku.
Dan hal tersebut dapat dilihat menerusi satu hantaran di platform X yang tular baru-baru ini. Menerusi foto berkenaan, ramai dalam kalangan netizen memuji lokasi kepala paip dan hos yang diletakkan pada sebuah tandas awam.
Berikut merupakan komen-komen positif yang dikongsikan oleh netizen terhadap foto yang difahamkan dirakam di R&R Seremban:
Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Disebabkan Bosan, Lelaki Ini Cuci Tandas Di Stesen MRT

ARTIKEL BERKAITAN: Canggih Atau Menyusahkan? Masuk Toilet Kena Bayar RM1.20, Tapi Hanya Boleh Guna PayWave!

#Kotor #Tandas Awam #Bersih #Kedudukan hos tandas #Netizen puji tandas #RnR Seremban