Sejajar dengan pengumuman pihak Kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan pembelian kereta di Malaysia untuk tempoh enam bulan mulai 15 Jun 2020, PROTON akan menurunkan harga keretanya sebanyak 1.2 sehingga 5.7 peratus.

Harga baharu itu efektif sepanjang tempoh insentif, sebagai langkah untuk meningkatkan ekonomi selepas berakhirnya sekatan akibat Covid-19 di negara ini.

Bagi model Saga, pengurangan harga antara antara RM400 sehingga RM500. Exora pula penurunan harga antara RM2,000 sehingga RM2,500.

Kenderaan kompak Proton iaitu Iriz lebih murah antara RM500 sehingga RM800, manakala RM500 sehingga RM900 untuk Persona.

Kenderaan utiliti sukan popular jenama Proton menerusi X70 pula mempunyai penjimatan yang agak banyak apabila harganya berkurang sehingga RM4,900 sehingga RM7,000.

Ini senarai harga bagi model Proton selepas pengecualian cukai jualan: