Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Ini Senarai Harga Kenderaan Volkswagen Selepas Pengecualian Cukai Jalan

Erywan 12/06/2020 | 04:38 MYT

Selepas pengumuman pengecualian cukai jualan baru-baru ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan harga baru kenderaan mereka yang berkurang sehingga RM9,484.

Harga baharu akan dilaksanakan bermula 15 Jun sehingga 31 Disember ini. Bagi pemasangan tempatan ia membabitkan model Polo, Vento, Tiguan dan Passat, manakala Golf termasuk varian R-Line, GTI serta R adalah model import.
Ini adalah senarai harga lama dan baharu selepas pengecualian cukai jualan:

Model Harga Sebelum Ini
Harga Baru
Selepas Pengecualian Cukai Jualan
Polo RM74,990 RM74,060
Polo JOIN RM81,990 RM81,060
Vento Comfortline RM84,690 RM83,709
Vento Comfortline JOIN RM91,690 RM90,709
Vento Highline RM91,490 RM89,077
Vento Highline RM98,490 RM96,077
Tiguan Highline RM165,990 RM162,108
Tiguan Highline JOIN RM175,990 RM172,108
Passat Elegance RM187,990 RM181,856
Golf R-Line RM173,390 RM168,505
Golf GTI RM246,490 RM238,857
Golf R RM304,390 RM294,905
Beetle Sport RM152,390 RM152,390
(Harga tidak masuk pendaftaran dan insurans)

Selain pengurangan harga, pengguna juga boleh menikmati promosi dan servis di Volkswagen seperti 6 bulan pembayaran percuma untuk Tiguan yang didaftar sebelum 30 Jun ini, rebat eksklusif eShowroom dan perkhidmatan percuma penghantaran kenderaan ke rumah anda.

;