Bintang Muzikal Lawak Superstar 3, Achey memaklumkan isterinya Nor Hasanah Yahaya selamat menjalani pembedahan untuk rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) hari ini.

Perkembangan terkini mengenai Hasanah atau lebih mesra dengan panggilan Anne itu dimaklumkan Achey menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Dia sudah selesai pembedahan, tadi yang agak lama buat masa inilah masih menunggu darah dia, saya pun tidak berapa tahu sama ada tekanan darah ke, darah dia ke, kita pun tak tahu.

“Insya-Allah kita akan update dari masa ke semasa… Jadi terus mendoakan orang rumah saya pembedahan ini insya-Allah berjaya, terima kasih semua,” maklumnya.

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan segala urusan Achey dan isteri dipermudahkan.

Terdahulu, Anne telah melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) di sebuah hospital pakar sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat pada 6 Ogos lalu.

BACA: “Hadiah Terindah Bagi Dekat Awak, 11 tahun penantian kita… Insya-Allah” – Isteri Achey Jalani Rawatan IVF

Seperti sedia maklum, Achey akan beraksi di minggu kelima MLS3 malam ini bersama kumpulan CILI yang dianggotai oleh Ali Puteh dan Shiha Zikir.

BACA: Markah Penuh MLS3: Nampak Struggle, Punch Line Tak Kick, Joki Tersingkir

BACA: MLS3: UBI Paling Padu! Jauhnya Beza Markah! - Ini Recap & Komen Juri Minggu Keempat

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022