Antarabangsa

Jabatan Motosikal Kawasaki Akan Bercerai Dari KHI

gempak
Erywan
09/11/2020
02:45 MYT
Sponsor Banner
Jabatan Motosikal Kawasaki Akan Bercerai Dari KHI
Perniagaan roda dua Kawasaki adalah sebahagian kecil dari syarikat induk Kawasaki Heavy Industries (KHI) yang merupakan satu daripada tiga pengeluar industri berat utama Jepun. Saat ini, KHI juga menghasilkan kereta api berkelajuan tinggi, alat-alat berat, peralatan aeroangkasa, robot industri, turbin gas, kapal laut dan lain lain.
Menurut info NHK News Jepun, pengeluar jentera Jepun terkemuka KHI itu merancang akan melepaskan perniagaan motosikal dan mesin tahun depan sebagai sebahagian daripada penstrukturan besar-besaran.
KHI mengumumkan mereka berencana melepaskan jabatan pembuatan dan penjualan motosikal serta jabatan Rolling Stock yang membangunkan kereta api konvensional dan kereta api peluru. Kawasaki berharap langkah tersebut akan mempercepat pengambilan keputusan jabatan masing-masing dan memperbaiki situasi kewangan.
Penjualan motosikal di Asia Tenggara tahun ini menurun akibat pandemik virus corona. KHI mengalami masalah kerugian operasi sekitar 5 bilion Yen untuk perniagaan tahun ini.
Presiden Kawasaki, Hashimoto Yasuhiko mengatakan dia berharap perniagaan jualan motosikal akan terus membangunkan jenama Kawasaki yang kukuh dan menghidupkan semula pasaran melalui kerjasama dengan perusahaan lain.
Jabatan motosikal akan dipisahkan dari KHI menjadi perniagaan sendiri yang lebih bebas. Perusahaan induk akan melepaskan sebahagian daripada perniagaan mereka. Syarikat subsidiari itu akan memiliki struktur pengurusan terpisah dan nama baharu, tetapi biasanya akan mempertahankan aset, kekayaan intelektual, dan sumber daya manusia yang sama.
Perusahaan induk (dalam hal ini adalah KHI) akan terus memberikan sokongan kewangan dan teknologi dalam banyak bahagian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024