Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

JDT Dan Aston Martin, Bakal Keluarkan Aston Martin Versi JDT Edition

Erywan
28/07/2021 03:08 MYT
Kelab bola sepak terkemuka negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjalin kerjasama dengan syarikat automotif, Aston Martin Racing Asia sekali gus mengukuhkan lagi jenama Harimau Selatan sebagai peneraju bola sepak di Asia Tenggara.


Melalui laman Facebook rasmi JDT berkata, Ibu Pejabat Aston Martin di United Kingdom sudah bersetuju untuk mengeluarkan kereta bertema ‘JDT Edition’ untuk dijual dimana keuntungan dari jualan akan dikongsi antara JDT dan Aston Martin.


“Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberi nilai kewangan kepada JDT, tetapi membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun akan datang.


“Ia juga boleh digambarkan sebagai kerjasama antara juara dalam bidang masing-masing dengan JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, manakala Aston Martin Racing pula adalah juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020,” katanya dalam kenyataan itu.


Namun, buat masa ini belum ada perincian lebih teliti terhadap model mana untuk edisi JDT Edition yang akan dihasilkan nanti.

#Aston #Martin