Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jeep Renegade gaya Militem, kurangkan material plastik di ruang kabin

Erywan
17/09/2019 02:35 MYT
Bagi peminat kembara aktiviti lasak yang mahukan elemen kemodenan pada jentera, Jeep Renegade adalah pilihan terbaik berdasarkan segmennya.

Namun, apabila ia memasuki sebuah firma pakar talaan Itali iaitu Militem, hasilnya agak berbeza. Firma itu terkenal kerana bijak menala produk jenama Jeep dan Ram.



Dinamakan sebagai Renegade Militem, jip itu menyaksikan pemasangan sistem suspensi baharu yang lebih tinggi selain menampung roda berukuran 20 inci bersama profil tayar lebar.

Ada beberapa tambahan lain dilakukan termasuk penghadang lebih agresif, jeriji baharu dengan bolong angin pada hud. Jentera berkenaan menggunakan sistem pacuan semua roda.



Ruang dalaman menyaksikan penggunaan material kulit secara ekstensif pada papan pemuka, roda stereng, tempat duduk, panel pintu dan juga bahagian bawah but.

Militem menyatakan hampir tiada komponen plastik kelihatan dengan sentuhan mereka. Firma itu menawarkan pelbagai jenis material kulit termasuk alcantara. Logo asal Jeep pada stereng juga digantikan termasuk lambang pada papan pemuka.



Selain binaan kosmetik, Militem juga mampu mengubah suai enjin 1.3 liter petrol atau 2.0 liter diesel.

Sebaik menyentuh komponen enjin, kuasa meningkat kepada 200hp untuk petrol dan 190hp bagi diesel iaitu masing-masing menerima tambahan dos 20hp.


#Drebar #Jeep #Militem
;