JPJ Tawar Diskaun 70 Peratus Pembayaran Saman Sempena Bulan Kemerdekaan
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun pembayaran saman sehingga 70 peratus bagi semua saman kompaun.
- Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
- Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam
Bagaimanapun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk status waran tangkap atau perbicaraan.
Pengurangan ke atas notis saman tersebut berdasarkan kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.
Tawaran itu turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaun masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang diberikan.
Urusan pembayaran boleh dibuat di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas talian (online) melalui portal mySikap JPJ (https://public.jpj.gov.my/).
Bagaimanapun, bagi pesalah lalu lintas yang disenarai hitam perlu hadir semula ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi semula sebelum urusan pembayaran.