Tempatan
Jualan Honda Malaysia Turun 52 Peratus
Honda Malaysia mengumumkan penurunan 52 peratus jualan dengan memperoleh 5,700 unit kenderaan antara Mei sehingga Julai 2021 berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Pada tempoh sama pada tahun lalu, Honda Malaysia mampu menjual mencecah 12,000 unit kenderaan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, penutupan bisnes secara berpanjangan memberi kesan ke atas aktiviti pengeluaran model baharu Honda Malaysia kerana tiada ujian dapat dijalankan di fasiliti pengeluaran.
“Malah, rantaian pembekalan dan pengeksportan syarikat turut terjejas. Industri automotif menyokong satu rangkaian luas pembekal alat ganti dan komponen tempatan.
“Pembekal seperti ini mungkin tidak mampu mengekalkan operasi masing-masing dan ini akan memberi kesan terhadap keseluruhan rantaian pembekalan,” katanya.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan perintah berkurung sepenuhnya bagi mengawal pandemik Covid-19.
Bermula pada bulan Jun, fasiliti pengeluaran di Pegoh, Melaka, bilik pameran ditutup dan dihentikan sementara, manakala pusat servis tertentu beroperasi sepanjang tempoh sama.
Lebih membimbangkan adalah kesan domino yang ditimbulkan kepada 101 peniaga sah Honda yang menghadapi masalah kewangan dan ketidakpastian pekerjaan untuk penasihat penjualan dan perkhidmatan serta kakitangan lain di peniaga.
Penasihat penjualan yang pendapatannya banyak bergantung pada komisen yang diperoleh dan faktor itu sangat terpengaruh.
Chujo juga berkata, Honda Malaysia memahami kesukaran yang dilalui oleh peniaga dan rakan sekerja Honda, dan oleh itu, syarikat berusaha melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam masa-masa sukar.
“Salah satu usaha adalah dengan mendaftarkan rakan sekerja Honda di bawah Program Imunisasi COVID-19 Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKS) untuk mempercepat kadar vaksinasi negara.
“Syarikat mensasarkan untuk mencapai 100% vaksinasi dos pertama untuk semua syarikat bersekutu pada pertengahan Ogos 2021,” katanya.
Honda Malaysia berharap sekiranya semula sektor automotif dapat dilakukan di bawah SOP dan garis panduan ketat yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Ia sekali gus tidak akan memberi kesan jangka panjang seperti pemberhentian pekerja dan dapat membantu mengurangkan potensi penutupan perniagaan di kalangan rantaian bekalan.
Must-Watch Video