Honda Malaysia melanjutkan jualan istimewa dengan menawarkan rebat sejumlah RM2,000 bagi model City generasi baharu menerusi varian S dan E sehingga hujung tahun ini.

Jualan Istimewa City Serba Baharu 12.12 bermula awal Disember lalu dan pendaftaran kenderaan perlu antara 1 sehingga 31 Disember ini. Pelanggan berhak menerima rebat istimewa itu selepas memenuhi syarat tempahan dan pendaftaran di mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara.


Jadi anda ada masa untuk melawati pusat pengedar sah Honda dan membuat tempahan. Harus diingat tawaran istimewa ini khas untuk City baharu varian S dan E sahaja.

Honda City S dan E dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Enjin ini menghasilkan 121hp dan 145Nm tork. Model segmen B itu dilengkapi ciri menarik seperti paddle-shifters, Remote Engine Start dan unit infotainmen dengan skrin 8-inci serta menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.


Lima warna ditawarkan untuk Honda City serba baharu iaitu; Passion Red Pearl, Crystal Black Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, dan warna baharu Platinum White Pearl.

Kedua-dua varian S dan E didatangkan dengan ciri keselamatan terkini seperti Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Start Assist (HSA). Terdapat juga ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, penggera tali pinggang keledar belakang, dan kamera undur. Maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.