Sempena tarikh 12.12 ini, Honda Malaysia menganjurkan jualan istimewa dengan menawarkan rebat sejumlah RM2,000 bagi model City generasi baharu menerusi varian S dan E.

Jualan Istimewa City Serba Baharu 12.12 bermula tempahan hari ini sehingga 12 Disember 2020. Pendaftaran kenderaan pula antara 1 sehingga 31 Disember ini. Pelanggan berhak menerima rebat istimewa itu selepas memenuhi syarat tempahan dan pendaftaran di mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, City serba baharu sudah mencatatkan prestasi penjualan yang memberangsangkan sejak dilancarkan dan pihaknya kini sudah menerima lebih daripada 9,000 tempahan.

“Kami dengan berbesar hati menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memiliki kereta impian mereka dan mengalami ‘Joy of Buying’ dengan ‘Jualan Istimewa City Serba Baharu 12.12’ sempena musim perayaan akhir tahun dengan memberikan rebat khas.


“Sebagai tambahan kepada jualan istimewa itu, pelanggan juga dapat keuntungan dari penjimatan tambahan dengan pengecualian cukai penjualan yang berlangsung sehingga 31 Disember 2020 ini,” katanya.

Sementara itu, City Serba Baharu varian S dan E dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baru. Ia juga digabungkan dengan kotak gear CVT, yang memberikan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan bakar yang ideal.


Trenkuasa baharu itu menghasilkan sehingga output sehingga 121PS dan tork setinggi 145Nm. Varian All-New City E juga dilengkapi dengan Paddle Shift untuk pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan turut dilengkapi ciri Remote Engine Start.

Ruang kabin, ruang kaki penumpang belakang diperluas sementara dilengkapi corong penyaman udara belakang, hadir standard di kedua-dua varian untuk keselesaan tambahan.