Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Tempatan

Jualan Perodua Terus Meningkat Pada September, Naik 102 Peratus

Erywan 04/10/2021 | 07:34 MYT

Penghantaran kenderaan Perodua terus ditambah baik untuk tiga bulan berturut-turut sebanyak 102 peratus kepada 14,160 unit pada September berbanding 6,988 unit pada Ogos apabila situasi bekalan bertambah baik secara beransur-ansur.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, rangkaian bekalan automotif sudah menunjukkan peningkatan, tetapi masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya.
Menurutnya, pihaknya akan terus berusaha bersama-sama pembekal dan pengedar untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti.
“Pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah-langkah pengawasan kualiti yang ketat di dalam operasi Perodua, adalah untuk memastikan kepuasan pelanggan.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang terus bersabar kerana kami kini sedang meningkatkan pengeluaran kami," katanya.
Beliau berkata, suku keempat 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90 peratus populasi orang dewasa Malaysia,"
Daripada perspektif setakat tahun ini, Perodua menjual 119,093 kenderaan antara Januari dan September 2021 berbanding 145,012 pada tempoh yang sama tahun 2020.
Dalam perbandingan suku kedua tahun ini dengan suku ketiga, penjualan merosot sebanyak 44.6 peratus kepada 21,803 unit antara bulan Julai dan September daripada 39,381 kenderaan yang didaftarkan antara April dan Jun tahun ini.
Sekatan Pergerakan Kedua di seluruh negara bermula pada 1 Jun 2021 dan berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021.

#Perodua
;