Antarabangsa

Kali ini Mercedes-AMG A35 pula menerima talaan Brabus

gempak
Erywan
17/09/2019
03:15 MYT
Sponsor Banner
Kali ini Mercedes-AMG A35 pula menerima talaan Brabus
Seperti biasa, hampir setiap model keluaran Mercedes-Benz atau Mercedes-AMG akan menerima sentuhan ajaib daripada Brabus. Kali ini, tiba giliran hot hatch yang sedang hangat diperkatakan iaitu A35.
Menggunakan kit plug-and-play PowerXtra B35, enjin turbo 2.0 liter empat silinder milik A35 kini berupaya untuk menjana kuasa tambahan sebanyak 44hp dan 60Nm, sekali gus menjadikan kuasa keseluruhan 350hp dan 460Nm.
Menurut Brabus, kit berkenaan membabitkan talaan elektronik dan pemetaan semula bagi suntikan bahan api dan pendikit. Turut dipertingkatkan adalah tekanan boost pengecas turbo.
Mereka yang inginkan lebih kuasa boleh mendapatkan kit PowerXtra + B35 S yang mampu meningkatkan kuasa keseluruhan kepada 365hp menerusi tambahan sistem ekzos sport. Sistem itu boleh digabungkan dengan muncung standard atau muncung karbon untuk penampilan yang lebih garang.
Dengan transmisi automatik tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic, model itu hanya memerlukan 4.4 saat untuk memecut dari 0 hingga 100km/j, dengan kelajuan maksimum mencecah 250km/j.
Bagi perbandingan, A 45 S yang mempunyai 421hp dan 500Nm memerlukan 3.9 saat untuk melakukan pecutan sama dan ianya juga boleh memecut sehingga 270km/j.
Selain kit talaan enjin, Brabus turut menawarkan kit badan aerodinamik serta rim aloi Monoblock berukuran 19 inci. Naik taraf pada bahagian dalaman pula merangkumi pedal aluminium, logo Brabus pada karpet dan ambang pintu serta upholsteri kulit Mastik dan Alcantara yang boleh dipesan dalam pelbagai warna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024