Yamaha ada Ysuku, Honda ada RS150R, Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) juga tidak mahu ketinggalan dalam segmen supermoped di Malaysia berikutan pihaknya masih lagi dalam kajian untuk menghasilkan jentera berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, projek itu bermula tujuh tahun lalu dan pihaknya masih lagi dalam kajian untuk projek menghasilkan supermoped berkenaan.
“Rakan dan pemegang saham baharu kami Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) turut berminat dalam projek menghasilkan supermoped itu.
“Kami akan mengkaji semula dan bagaimana untuk meneruskan projek itu pada masa akan datang. Ia mungkin mengubah rekaan untuk prestasi lebih baik,” katanya ketika ditanya pada sidang media selepas sesi tunggang uji Pulsar NS200 ABS di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Jika supermoped itu dilaksanakan, ia bakal menjadi satu perkembangan yang menarik hadir dari pembuat motosikal tempatan.
Difahamkan, projek untuk menghasilkan motosikal supermoped itu sudah pun melabur hampir RM20 juta, namun pihak pengurusan tertinggi Modenas tidak mengesahkan berhubung kenyataan itu.
Pada April lalu, DRB-HICOM Bhd menjual 11 peratus kepentingan Modenas kepada KHI dengan nilai RM40.3 juta untuk membolehkan syarikat dari Jepun itu mempunyai tahap penyertaan yang lebih tinggi dalam pengurusan Modenas.
Cadangan penjualan itu akan meningkatkan kepentingan ekuiti KHI dalam syarikat motosikal nasional itu kepada 30 peratus.
KHI turut melanggan 52 juta saham Keutamaan Boleh Tukar (CPS) yang akan dikeluarkan oleh Modenas. Selepas ditukar, kepentingan KHI dalam syarikat itu akan meningkat kepada 48 peratus.
Sementara itu, Modenas juga turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan beberapa model baharu daripada Kawasaki, namun perincian masih belum didedahkan.
Yang pastinya, model hasil kerjasama dengan Kawasaki itu adalah jentera yang lebih premium ia mungkin membabitkan Ninja 250cc atau Versy dan akan dipasang di Gurun, Kedah.
Menurut Roslan, motosikal kerjasama dengan Kawasaki itu akan mengikut piawaian yang sama kualiti dengan KHI.
“Jadi tidak perlu risau tentang kualiti, KHI akan terbabit secara langsung di kilang di Modenas,” katanya.
Erywan
Tue Jan 14 2020
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.
Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
Allahuakhbar...
Pupuk Minat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni, Genius Aulad Sentiasa Jadi Pilihan Stesen Televisyen
Tidak hanya fokus kepada pendidikan, peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak, Genius Aulad (GA) turut memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni.
Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Ryan Gosling & Emily Blunt Boleh “Kerat Jari” Filem The Fall *Guy* MELETUP! | Eat, Movie, Repeat [Interview]
Ryan Gosling dan Emily Blunt menceritakan kenapa penonton wajib tengok The Fall Guy yang memberi spotlight kepada crew disebalik takbir dan para stuntmen!
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy