Nampak macam model kapcai Honda tetapi bukan dan lebih maju cirinya berbanding produk Jepun itu. Ini ialah GPX Rock 110, sebuah motosikal keluaran syarikat GPX Thailand.


Model ini dilancarkan ke pasaran negara jiran dengan tiga versi pilihan selain tujuh opsyen warna. Tiga varian GPX Rock 110 yang dimaksudkan ialah Rock Sport, Rock Racing dan Rock Elegance. Dengan ketiga-tiga varian ini, GPX yakin siri Rock 110 mampu memenuhi setiap keperluan pembeli kapcai.


Reka bentuk kapcai Thailand ini ternyata menekankan sudut tajam pada keseluruhan badan motosikal. Ini amat jelas jika meneliti bentuk perumah lampu depan, penghadang angin sisi hingga ke panel belakang GPX Rock.


Sistem lampu pada motosikal ini adalah jenis LED penuh membabitkan keseluruhan set lampu depan dan belakang. Lampu belakang pula nampak seakan-akan gaya model sport bike.


Tempat duduknya berbentuk panjang tetapi ada timbulan span untuk memisahkan penunggang dan pembonceng. Ketinggian pelana cuma 780 milimeter (mm). Casis motosikal ini adalah jenis underbone dan menyokong enjin empat silinder silinder tunggal berkapasiti 109cc. Minyak petrol masuk ke kebuk pembakaran melalui kaedah pancitan.


Sama seperti kebanyakan kapcai sekelas dengannya, kotak gear ialah empat kelajuan. Berat kasar ialah 100 kilogram. Instrumen meter siri GPX Rock sememangnya mendahului pesaing-pesaing Jepun dalam segmen 100cc dan 110cc. Meter motosikal Thailand ini adalah jenis digital LED pelbagai warna.


GPX Rock dipasang sistem brek cakera pada roda depan dan jenis gelendong untuk hab tayar belakang. Model paling asas ialah Rock Sport didatangkan dengan rim jejari biasa dan sistem absober berkembar standard.


Dua varian lain iaitu Rock Racing dan Rock Elegance menggunakan rim sport berbilang jejari dan absober gas. Rock Racing adalah sedikit kelainan iaitu angkup brek dengan dan gegelung abosober belakang diwarnakan merah.


Ini adalah senarai harga rasmi disyorkan ialah: