Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kapcai Ikonik, Honda EX5 Ulang Tahun Ke-35 Harga Bermula RM4,783

Erywan
13/01/2021 07:44 MYT
Sejak diperkenalkan 1987, Honda EK5 kini sudah pun mencecah 2 juta jualan bagi pasaran Malaysia. Bagi tahun ini, motosikal yang mempunyai sejarah yang unik di negara ini diperkenalkan dengan varian sambutan ulang tahun ke-35.

Varian berkenaan didatangkan dengan logo istimewa dan pelekat badan yang menarik. Ia juga ditawarkan dengan dua jenis rim iaitu lidi dan lima bilah.


Prestasinya, ia masih menggunakan enjin silinder tunggal 110cc yang menyalurkan 8.5hp pada 7,500rpm dan tork setinggi 8.62Nm pada 5,500rpm.

Enjin berkenaan dilengkapi ciri Programmed Fuel Injection (PGM-Fi), yang mana ia memberi penjimatan bahan api serta pengurangan emisi.


Pilihan warnanya pula, setiap varian rim lidi dan lima bilah ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu merah serta biru.

Harga mengikut varian:

#honda
;