Antarabangsa
Kawasaki Indonesia Ambil Tempahan Sportbike Paling Hangat Ninja ZX-25R
Kawasaki Indonesia (KMI) memutuskan untuk menunda program Kawasaki Bike Week 2020 (KBW 2020)yang sepatutnya diadakan di Carnival Beach Angkor, 4 Apri 2020 disebabkan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19.
KBW 2020 sepatutnya menjadi medan mempertontonkan sportbike paling hangat dibicarakan iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R, bagaimanapun KMI tetap membawa motosikal empat silinder itu kepada orang ramai.
Laman web young-machine.com melaporkan KMI akan mempertontonkan pameran Ninja ZX-25R di Bilik Pameran Kawasaki Abdul Muis di Jakarta dan membenarkan orang ramai membuat tempahan awal model tersebut. Pengumuman ini dibuat menerusi satu perkongsian video di YouTube.
Berdasarkan video sama, ia menunjukkan mesej istimewa Ninja ZX-25R pada bahagian belakang baju seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah motosikal suku liter itu.
Mesej itu cukup ringkas tetapi menterjemahkan kehendak KMI iaitu "Penunggang Ninja ZX-25R dikehendaki”. Sportbike ZX-25R mula diperkenalkan ke dunia pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 tanpa mendedahkan spesifikasi mengenainya.
Apa yang diketahui masa itu ialah inilah satu-satunya model motosikal sport baharu yang menggunakan enjin empat silinder dalam kelas 250cc.
Kawasaki 4-silinder ini menjadi popular dan kecoh selepas satu majalah motosikal popular di Jepun berkongsi lakaran grafik badan dan casis jentera itu. Siapa lagi jika bukan YoungMachine. Sehingga kini, Ninja ZX-25R masih menjadi sebutan dan penantian peminat termasuk di Malaysia.