Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kawasaki Umum Harga Dan Tarikh Jualan ZX-25R Di Jepun Harga Bermula RM32,808

Erywan
23/07/2020 03:34 MYT
Kawasaki Motors Japan (Kawasaki Jepun) akhirnya mengumumkan tarikh jangkaan jualan dan harga bagi sportbike Ninja ZX-25R untuk pasaran di sana, bermula 10 September ini.


Ada dua varian iaitu versi standard dan edisi khas (SE) ditawarkan, tetapi motosikal tersebut bukan produk keluaran kilang Indonesia. Menariknya, model ini dikatakan datangnya daripada negara pengilang asal iaitu Thailand!


Ini mengesahkan khabar sebelum ini bahawa Indonesia dan Thailand akan memasang dan menghasilkan Ninja ZX-25R. Pelanggan Jepun yang membeli motosikal ini akan menerima enjin standard piawaian lebih baik, tetapi output kuasanya masih lebih rendah berbanding Ninja ZX-25 versi Indonesia.


Rangkaian kuasa berkapasiti 249cc mampu menjana kuasa maksimum 45hp pada15,500rpm dan tork puncak 20.5Nm pada 13,000rpm. Dengan bantuan ram udara, output kuasa maksimum meningkat kepada 46hp.


Bekalan minyak petrol dalam tangki minyak berkapasiti 15 liter disalurkan ke kebuk pembakaran melalui teknologi sistem pancitan bahan api.


Varian SE di Jepun hanya ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu seragam KRT dan kombinasi tiga warna merah, hitam dan perak. Ninja-ZX-25R standard pula ada satu pilihan iaitu hitam.


Berhubung berat motosikal, Ninja ZX-25R versi SE adalah seberat 184 kilogram (kg) iaitu 1 kilogram lebih berat berbanding model standard (183kg).


Harga Ninja ZX-25R termasuk cukai penggunaan di Jepun untuk varian SE ialah 913,000 yen (RM36,301) manakala versi standard dijual pada harga 825,000 yen (RM32,808).

#Kawasaki