Antarabangsa
Kejuaraan Enduro Antarabangsa Sifu, Tawar Hadiah Kemenangan Terbesar Di Malaysia
Buat kali pertama, Persatuan 2 Roda Malaysia (P2RM) menganjurkan pusingan pertama Kejuaraan Enduro Antarabangsa Sifu yang bakal berlangsung tiga hari bermula 28 Februari ini.
Acara itu menawarkan hadiah kemenangan yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia dalam sukan permotoran tempatan.Wang tunai sejumlah RM68,000 akan direbutkan melalui enam kategori yang dipertandingkan pada hujung bulan ini.
Penganjuran itu membabitkan tiga pusingan sepanjang tahun 2020 untuk merebut juara keseluruhan. Hadiah bernilai RM200,000 dipertaruhkan untuk ketiga-tiga pusingan itu, tidak termasuk hadiah bagi juara keseluruhan yang akan diumum kelak.
Perlumbaan itu akan diadakan Ukay Perdana, Selangor tetapi paling menariknya litar itu berlatar belakang pemandangan indah Kuala Lumpur. Pelumba akan melalui litar sepanjang 5.5 kilometer membabitkan laluan berbukit dan sedikit mendatar yang mana ia tidak mudah seperti yang dijangkakan.
Pada masa sama, P2RM menjemput penunggang lasak dari Australia, Tim Coleman yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam ‘trials’ dan ‘enduro’.
Idea penganjuran itu diilhamkan oleh Pengarah dan pelakon utama filem Remp-it 2, Datuk Farid Kamil ketika menghasilkan filem berkenaan. Beliau mendapat idea untuk mengangkat taraf penganjuran sukan permotoran seperti endure itu ke tahap lebih membanggakan.
Sementara itu, P2RM sendiri mahu dalam bersama-sama membanteras aktiviti lumba haram di Malaysia dan menggalakkan tunggangan selamat serta di saluran yang betul.
Kategori Yang Dipertandingkan:
- Gold Platinum (Expert)
- Gold (Intermidiate)
- Silver (VViP45)
- Bronze (CKD)
- Superstar (Selebriti)
- Iron (Wanita)