Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenali 4 Ciri Baharu Hyundai Kona 1.6 Turbo N Line Bakal Lancar Tidak Lama Lagi

Erywan
16/07/2021 05:37 MYT
Hyundai-Sime Darby Motors bakal melancarkan varian paling tinggi, Hyundai Kona buat pasaran tempatan tidak lama lagi menerusi 1.6 Turbo N Line

Kona 1.6 Turbo N Line bakal menjadi kenderaan segmen B SUV paling berkuasa dari segi enjin dalam pasaran negara ini. Ia juga menjadi model pertama Hyundai di Malaysia menggunakan versi N-Line.

Jadi apa perbezaannya dengan varian biasa. Dalam artikel ini kami perincikannya membabitkan:

  1. Rekaan Luaran - Tampak lebih bergaya dengan penggunaan rim baharu berbentuk berlian yang dibaluti tayar premium; padanan lampu LED dan aksesori N Line pada bahagian hadapan serta belakang.
  2. Ruang Kabin - Dalaman bagi versi ini diceriakan suasana hitam, kerusi dibaluti kulit, kemasan jahitan merah, selain paparan Logo N pada tombol gear, roda stereng serta tempat duduk.
  3. Prestasi - Varian paling tinggi itu menggunakan enjin 1.6 T-GDi dengan empat silinder yang dipadankan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan Smartstream generasi kedua. Ia mampu menyalurkan 198PS dengan tork setinggi 265Nm.
  4. Ciri Keselamatan - 1.6 Turbo N Line mempunyai tahap keselamatan paling tinggi piawaian NCAP Euro. Ia dilengkapi ciri keselamatan aktif dan teknologi bantuan pemanduan Hyundai Smartsense.


Buat masa ini, harga masih belum diumumkan, tetapi anda boleh membuat tempahan boleh melalui platform online Hyundai di www.hyundai.com.my.

#Hyundai
;