Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenali Ciri Baharu Yamaha NVX 2021 Dengan Fungsi Y-Connect, Harga Bermula RM8,998

Erywan
28/04/2021 17:23 MYT
Hong Leong Yamaha Motor melancarkan skuter popularnya menerusi NVX 2021 dengan dua varian membabitkan Standard dan ABS, selain menjadi model pertama di Malaysia yang dilengkapi ciri Y-Connect.


Ciri Y-Connet membolehkan penunggang memadankan dengan telefon pintar untuk mendapatkan infomasi dan status terkini untuk Yamaha NVX itu. Sebaik memuat turun aplikasi Y-Connect itu, penunggang boleh mendapatkan informasi membabitkan:

Yamaha NVX itu juga didatangkan dengan panel instrumen LCD digital baharu yang mana Y-Connect itu boleh memberi notifikasi pesanan ringkas dan panggilan tidak dijawab.

Ciri baharu lain yang ada pada Yamaha NVX itu juga membabitkan:


Perumah lampu hadapan LED


Lampu belakang yang mempunyai 12 LED kompak


Soket 12 volt


Faring Penuh baharu untuk memberi penampilan yang lebih langsing


Keyless start via the Smartkey (Varian ABS)


Sistem brek ABS dengan cakera dimensi 230mm (Varian ABS)

Selain itu, ia menggunakan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 5.5 liter berbanding sebelum ini hanya 4.6 liter. Jarak yang boleh ditunggang dengan kapasiti bahan api itu boleh mencecah 200km.

Bagi kedua-dua varian itu, ia dipadankan dengan sistem Stop & Start yang mana enjin dimatikan apabila skuter berhenti di lampu isyarat untuk jimat minyak.


Prestasinya pula, ia menggunakan enjin Yamaha Blue Core 155cc SOHC dengan VVA yang menyalurkan 15hp pada 8,000rpm dan tork setinggi 13.9Nm pada 6,500rpm.

Skuter baharu itu akan berada di pengedar Yamaha pada Mei ini yang mana harga cadangan adalah RM8,998 untuk varian Standard, manakala ABS dijual pada RM10,988.


Warnanya pula, varian Standard ditawarkan dengan merah dan Cyan, manakala Platinum SE serta GP Blue untuk ABS. Bagi pembeli yang terawal, mereka bakal menerima kunci keselamatan cakera.

#Yamaha
;