Kenapa Radiator Boleh Bocor, 4 Punca Ini Mungkin Penyebabnya
Enjin kereta terlalu panas atau 'overheat' boleh berlaku disebabkan beberapa perkara dan satu daripadanya berpunca dari radiator yang bocor.
Setiap komponen memiliki jangka hayatnya termasuk radiator. Umumnya ketahanan usia radiator agak lama. Kalau diservis dengan baik boleh digunakan sehingga 10 tahun. Namun, ada juga yang boleh mencecah usia 5 tahun mulai bermasalah. Kalau radiator sudah mengalami retak atau bocor, segeralah menggantinya.
Kalau anda menggunakan air biasa dan tidak selalu memeriksa air radiator, lama-kelamaan akan muncul kotoran yang boleh menghalang saliran air radiator. Apabila sudah tersumbat, panas dari enjin tidak dapat disalurkan ke elemen pelepas panas radiator. Sebaiknya lakukan pemeriksaan setiap 30,000 atau 40,000km, supaya radiator tetap dalam keadaan baik dan melakukan kerja secara maksimum.
Supaya radiator boleh menangkap udara segar, komponen ini diletakkan di depan enjin dengan lubang atau gril yang terbuka. Perkara ini membuat radiator berisiko terkena batu-batu kecil atau haiwan yang terbang. Apabila radiator terkena benda-benda terbabit, ada risiko dinding radiator rosak dan akhirnya menyebabkan kebocoran.
Fungsi radiator adalah menyejukkan enjin. Komponen itu terletak berhampiran enjin yang secara langsung terdedah kepada kepanasan. Ini menyebabkan beberapa komponen sokongan radiator seperti hos getah dan tangki simpanan coolant terdedah kepada kerosakan. Bahan plastik atau getah yang kerap terdedah kepada haba panas boleh menyebabkan ia merekah, pecah dan rapuh hingga akhirnya menyebabkan kebocoran.
Itulah beberapa penyebab utama radiator menjadi bocor. Semoga maklumat ini bermanfaat.