Kenderaan Elektrik Subaru Dinamakan Solterra, Gabungan Matahari dan Bumi Dalam Bahasa Latin
Erywan
21/05/2021 05:33 MYT
21/05/2021 05:33 MYT
Subaru secara rasminya mengumumkan nama SUV elektriknya yang akan datang iaitu Solterra. Menurut syarikat itu, nama itu adalah gabungan perkataan bahasa Latin “Sol” yang bermaksud matahari dan “Terra” adalah bumi.
Solterra akan menjadi kenderaan Subaru pertama akan dibina menggunakan platform e-Subaru Global Platform yang dihasilkan khas untuk kenderaan elektrik bateri (BEV). Secara asasnya, ia adalah kembar kepada SUV elektrik Toyota bZ4X yang diperkenalkan pada bulan lalu. Ini bermakna kedua-dua model berkenaan akan hadir dengan platform dan trenkuasa elektrik yang sama.
Bercakap tentang platform, e-Subaru Global Platform yang dibangunkan secara bersama oleh kedua-dua pengeluar itu boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi kenderaan elektrik, sama ada dengan kedudukan motor elektrik di hadapan, tengah atau pun belakang. Solterra dan bZ4X akan menampilkan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan sebuah motor elektrik dipasang pada setiap gandar.
Maklumat terperinci mengenai aspek teknikal kedua-dua model ini masih belum diumumkan, namun menurut apa yang diberitahu setakat ini, Subaru menggunakan kepakarannya dalam membangunkan teknologi AWD manakala Toyota pula bertanggungjawab dalam pembangunan sistem elektrifikasi. Dari segi saiz, Solterra dan bZ4X diklasifikasikan dalam kategori segmen C.
Solterra akan menyertai barisan SUV dan crossover Subaru yang terdiri daripada Ascent, Outback, Forester dan XV. Ia akan mula dijual menjelang pertengahan 2022 di pasaran-pasaran utama seperti Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan China. Toyota bZ4X dijangka akan memasuki pasaran pada masa yang lebih kurang sama.