Watch

Kereta murah, tapi enjin ‘power’

gempak
Public Anonymous User
17/02/2018
02:56 MYT
Sponsor Banner
Kereta murah, tapi enjin ‘power’
Jentera pilihan drebar.my kali ni sememangya kereta tempatan yang paling murah dan mudah ditemui di mana-mana kedai kereta.
Proton Saga Iswara milik Mohd Basri dari kedah tampak biasa dan tiada beza dengan jentera lain, malah warnanya yang merah membuatkan ia nampak seperti teksi.
Namun melihat dari sudut hadapan, sebuah intercooler besar berjenama HKS yang menyerlah di bampar hadapan membuktikan ia bukan Iswara biasa.
‘Mengelit bak hang!’ Terpacul loghat negeri Kedah sejurus melihat enjin Mitsubishi Mirage 4G61T turbo bersesaran 1.6 liter yang tersemat pada ruangan enjin jentera.
Ini kerana enjin yang digunakan itu cukup menarik dengan kemasan krom pada hampir semua bahagian.
Perkara ini jelas menunjukkan tarikan utama jentera itu sebenarnya terletak pada nadinya.
Sebenarnya enjin Mirage ini tidak banyak diusik dan hanya melalui proses ‘plug and play’, selain didatangkan kotak gear asal dengan fungsi 4WD, tetapi hanya dijana kepada 2WD.
Bagi mengindahkan lagi enjin jentera itu, semua paip getah asal ditukar kepada jenama Samco disamping beberapa komponen lain seperti ‘blow off’, tangki air aluminium, paip intercooler krom dan intercooler HKS.
Ruangan dalaman jentera pula, pemiliknya masih banyak mengekalkan barangan asli dari Proton dan cuma bertindak menukar papan permukaan Proton Iswara spesifikasi United Kingdom dan tempat duduk Auto Cares.
Sudut luaran masih kekal keaslian dan tampak sama seperti Iswara lain, namun penukaran cermin sisi krom MMC serta rim Volk Racing 16 inci dari Jepun menaikkan sedikit imej jentera.
Boleh dikatakan banyak barangan keluaran Proton yang hampir pupus masih melekat elok pada kereta itu.
Baca juga:
>>Honda CR-X masih diminati kaki ubah suai kereta.
>>BMW jana enjin M3 talaan ekstrem.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024