Tempatan

Ketua Krew Fikir Penunggang Uji HRC Perlu Ganti Mar Marquez

gempak
Erywan
29/01/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
Ketua Krew Fikir Penunggang Uji HRC Perlu Ganti Mar Marquez
Selepas melalui beberapa peringkat pembedahan akibat mengalami masalah tercabut tulang bahu kanan ketika tergelincir atas trek basah pada MotoGP di Sepanyol, tahun lalu menyebabkan pelumba yang digelar sebagai baby alien itu tidak dapat berlumba pada baki perlumbaan yang tinggal selepas penangguhan pusingan akibat Covid-19.
Namun kali ini, nampaknya juara dunia lapan kali itu terpaksa memadamkan impian untuk berlumba dalam pusingan pembukaan kempen MotoGP (2021). Bercakap pada podcast Motorsport.com, Ketua Krew Marc Marquez, Santi Hernandez menganggap kali ini adalah logik untuk penunggang uji HRC, Stefan Bradl kembali semula berlumba sekiranya jentera nombor 93 terlepas beberapa pusingan perlumbaan berbanding memilih mantan pelumba Honda, Yamaha dan Ducati, Andrea Dovizioso.
“Saya lihat itu bukanlah sesuatu yang normal bagi Honda menandatangani Dovizioso menggantikan Marc. Sekiranya selama ini mereka mempertimbangkan pilihan dan memilih Bradl sebagai pelumba ujian dan akhirnya mereka akan menyingkirkannya kerana sebab lain. Bradl melakukan kerja yang bagus dan saya dia tidak faham menandatangani 'pelumba itu' untuk tiga pusingan perlumbaan.
“Tidak masuk akal menggantikan Bradl kerana hanya dia miliki sensasi dengan motosikal dan faham perkara yang berlaku dalam perlumbaan dan Grand Prix sebabnya dia laju dan penguji yang menguji untuk memperbaiki jentera jadi lebih baik dia yang ganti Marc?,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live