,
Antarabangsa

Kia Carnival Hi Limousine - Kabin Seperti Kelas Perniagaan Kapal Terbang

Erywan
20/11/2020
05:02 MYT
Walaupun dalam versi standard, Kia Carnival generasi keempat yang diperkenalkan pada Ogos lalu menawarkan ruang, keselesaan dan praktikaliti antara yang terbaik dalam kelasnya. Namun, pengeluar dari Korea Selatan itu merasakan bahawa aspek-aspek ini masih boleh diperbaiki dan oleh sebab itu, ia melancarkan varian Hi Limousine.
Ditawarkan dalam versi tujuh dan sembilan tempat duduk, Carnival Hi Limousine mempunyai rekaan bumbung yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan model standard. Hasil daripada modifikasi ringkas ini, ruang lega kepala di dalam kabin bertambah sebanyak 291mm.
Bukan itu sahaja, versi ini juga tampil lebih ‘rugged’ dengan penambahan kosmetik seperti pelindung pada bampar hadapan, pemijak sisi yang memudahkan penumpang keluar dan masuk, lencana ‘Hi Limousine’ pada bahagian tailgate. Lampu brek ketiga pada bahagian belakang bumbung pula memastikan MPV ini boleh dilihat dengan jelas terutamanya pada waktu malam.
Masuk ke bahagian dalam, penumpang akan menikmati suasana bak kelas perniagaan kapal terbang dengan ciri-ciri mewah seperti kerusi kapten pada barisan kedua, skrin infotainmen berukuran 21.5 inci yang dipasang pada siling, sistem pencahayaan ambien dan sistem pembersihan udara.
Selain itu, ciri-ciri standard yang turut disertakan termasuk pemegang cawan sejuk dan panas, tirai tingkap sisi dan belakang serta lampu membaca pada tempat duduk barisan kedua dan ketiga.
Walaupun Carnival ditawarkan dengan tiga pilihan enjin, versi Hi Limousine hanya boleh didapati dengan enjin Smartstream 3.5-liter GDI V6 dengan 294PS dan 355Nm.
Di Korea, MPV serba mewah ini dijual pada harga bermula 60.6 juta won (RM224,850). Kia turut merancang untuk memperkenalkan versi empat tempat duduk, selain menawarkan pilihan enjin diesel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Kia Carnival Versi Lebih Mewah, Empat Tempat Duduk, Harga RM322,318 Di Korea

gempak
14/07/2021
04:34 MYT
Versi itu memiliki bumbung tinggi, dengan kehadiran dua tempat duduk pada bahagian belakang serta ruang tengah lebih luas.
drebar

BAuto Ambil Alih Jenama Kia Di Malaysia, Bakal Hasil Model CKD Seltos Dan Carnival

gempak
02/04/2021
13:13 MYT
Dikenali sebagai Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB), ia akan melaksanakan pemasangan tempatan bagi kenderaan Kia di Malaysia nanti.
drebar

Kia K8 Bakal Menggantikan K7, Tampil Lencana Baharu

gempak
19/02/2021
01:56 MYT
K8 akan diketengahkan sebagai sedan moden dengan karakteristik yang sporty.
drebar

Kia Sorento Yosemite, Zion Concept - Dinamakan Sempena Taman Negara di Amerika Syarikat

gempak
23/11/2020
03:07 MYT
Kedua-dua model konsep ini dibangunkan untuk mengetengahkan potensi Sorento sebagai kenderaan yang sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti lasak.
drebar

Makin Segak Dan Lebih Mewah Kia Carnival Ini

gempak
26/08/2020
07:34 MYT
Kia Carnival Generasi Keempat itu akan memasuki pasaran Korea Selatan pada suku ketiga tahun ini.
Unitar