Kia Grand Carnival Facelift 2020, Konfigurasi 11 Tempat Duduk, Ramai Boleh Bawa Ni!
Erywan
19/05/2020 04:04 MYT
19/05/2020 04:04 MYT
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kia Grand Carnival kini diperkenalkan dengan versi dipertingkatkan untuk pasaran tempatan.
Pengedar rasminya, Naza Kia Malaysia memperkenalkan MPV premium itu dengan mempunyai ciri tambahan menerusi pengalaman pemanduan serta penggunaan ruang kabin lebih baik.
Pembaharuan Grand Carnival paling ketara adalah penggunaan konfigurasi tempat duduk Multiflex yang dinamik. Ia boleh diubah dengan konfigurasi tempat duduk dengan jumlah 6, 7, 8 atau 11. Jadi, konfigurasi tempat duduk itu membolehkan ia diubah mengikut jumlah penumpang sehingga 11 orang. Berbaloi, boleh bawa satu keluarga yang besar!
Pada masa sama, ruang kabinnya juga dilengkapi dengan skrin sesentuh HMI (human machine interface) 7 inci bersama ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Di samping pengecaman suara pada stereng, cermin automatik dengan kunci keselamatan dan tambahan port mengecas USB di tempat duduk baris keempat.
Bahagian luaran pula, MPV itu menerima rim 18 inci dengan balutan tayar 235/60 yang membuatkan tampak menarik dan turut memberi pengendalian lebih baik di jalan raya. Bagi memberi imej lebih eksklusif, ia menggunakan lampu utama dan kabus projektor halogen, manakala dipadankan pintu gelongsur berkuasa di kedua-dua sisi kenderaan.
Rangkaian kuasanya masih lagi sama iaitu menggunakan enjin diesel TCI 2.2 liter berkuasa 200PS pada 3,800rpm dan tork maksimum 440Nm yang boleh dicapai pada rpm serendah 1,750rpm. Bagaimanapun, enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan baharu, menggantikan kotak gear 6 kelajuan sebelum ini.
Harganya pula, ia dijual pada harga RM179,888 di atas jalan, tidak termasuk insurans yang ditawarkan dengan lima tahun waranti. Ia mempunyai empat pilihan warna membabitkan putih, perak, hitam dan kelabu