Kia Rio Facelift - Tambahan Rekaan Baharu Serta Tork Lebih Tinggi
Erywan
28/05/2020 01:54 MYT
28/05/2020 01:54 MYT
Kia memperkenalkan Rio generasi keempat versi facelift yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan membabitkan reka bentuk dan barisan enjin yang ditawarkan. Jentera kompak daripada Korea itu dijangka akan memasuki pasaran Eropah bermula suku ketiga tahun ini.
Dari segi penggayaan, hatchback segmen B ini menampilkan ‘wajah’ baharu dengan jeriji ‘hidung harimau’ yang lebih nipis dan bentuk lampu yang lebih moden. Bercakap tentang lampu, semua varian mendapat unit LED sebagai kelengkapan standard.
Selain itu, bampar hadapan juga diberikan rekaan yang lebih sporty dan perumah lampu kabus empat poin. Turut diperkenalkan adalah dua warna baharu iaitu Perennial Grey dan Sporty Blue serta rim aloi 16 inci.
Di dalam, Rio kini mendapat panel instrumen digital 4.2 inci serta skrin sentuh infotainmen berukuran lapan inci yang didatangkan dengan sistem telematiks Phase II UVO Connect, serta ciri-ciri lain seperti Apple CarPlay, Android Auto dan navigasi satelit.
Menurut Kia, Rio adalah model pertamanya yang menampilkan pacuan EcoDynamics+. Ia menggabungkan enjin Smartstream 1.0 T-GDi dan sistem Mild-Hybrid Electric Vehicle (MHEV) 48 volt yang ditugaskan untuk memaksimumkan kecekapan bahan api menerusi tork elektrik dan brek janaan semula.
Varian EcoDynamics+ boleh didapati dalam versi 100PS dan 120PS, dengan kedua-duanya digandingkan dengan Intelligent Manual Transmission (iMT). Walaupun kuasa tersebut adalah sama dengan apa yang dihasilkan oleh enjin Kappa T-GDi sebelum ini, jumlah tork meningkat sebanyak 16 peratus iaitu 200Nm.
Pilihan enjin lain yang turut ditawarkan adalah enjin Smartstream 1.0-liter T-GDi (100PS) dan 1.2-liter dengan teknologi Dual Port Injection (84PS). Enjin T-GDi terbabit boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan baharu dan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.
Dari segi keselamatan, Rio dilengkapi dengan Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) dengan Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Driver Attention Warning (DAW) dan Blind Collision Warning (BCW).