Kinto One Pelan Langganan Kenderaan Terbaru Di Malaysia
Erywan
18/01/2021 04:10 MYT
18/01/2021 04:10 MYT
Kinto One, sebuah program langganan kenderaan kini tiba secara rasmi di Malaysia. Ditawarkan hampir di seluruh dunia termasuk pasaran Amerika Utara dan Selatan, negara-negara utama Asia serta di Eropah, Toyota Capital Malaysia untuk julung kali dan dengan bangganya memperkenalkan program langganan kenderaan Islamik sebagai pilihan terbaru kepada pelanggan tempatan.
Berasal daripada perkataan Jepun kinto-un, yang bermaksud "flying nimbus" atau "awan terbang", sebagai sebuah imej masa depan mobiliti; nama Kinto sejajar dengan semangat untuk menyediakan perkhidmatan yang pantas ketika diperlukan, membawakan mobiliti seperti dihasratkan oleh pengguna serta dalam masa yang sama mesra alam.
Diperkenalkan di bawah label Kinto One oleh Toyota Capital Malaysia, ia menawarkan medium baru kepada pelanggan untuk memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah pembelian sewa-beli kenderaan secara tradisional sebelum ini.
Secara mudah, Kinto One adalah sebuah pelan langganan kenderaan yang merangkum seluruhnya, dengan bayaran ansuran bulanan tetap. Ansuran bulanan tetap berkenaan sudah termasuk sekali kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehensif tahunan dan cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan.
Tempoh langganan disediakan sama ada bagi dua tahun atau tiga tahun dan selepas ia tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit kepada Toyota Malaysia dan selebihnya akan diuruskan sewajarnya; melepaskan pengguna daripada sebarang kerisauan atau susut nilai semasa kenderaan, tanpa mereka perlu memikirkan bagaimana cara untuk menjual kenderaan selepas tahun-tahun penggunaannya.
Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai berkata, Kinto One adalah hasil daripada kerjasama strategik antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor dan direka secara khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup generasi baru berkaitan mobiliti.
Menurutnya, ia berkenaan peralihan cara pembelian pelanggan daripada pemilikan kenderaan kepada penggunaan kenderaan dengan selari visi "Mobility for All" yang dijuarai oleh Toyota.
“Kinto One adalah sebuah pelan langganan yang membolehkan pelanggan menikmati nilai terbaik daripada kenderaan mereka pada harga yang sama sepanjang tempoh kontrak, terutama sekali mengambil kira semua kos penyelenggaraan berjadual dan pencegahan yang termasuk sekali.
“Ini bermakna, pelanggan sama sekali tidak perlu membayar apa-apa; sama ada untuk minyak enjin dan semua kos buruh yang terbabit, bahkan untuk tayar atau bateri juga, sekadar beberapa contoh. Semua sekali sudah dirangkumkan sepenuhnya,” katanya.
Thomas berkata, Kinto One ada untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan penyelesaian mobiliti yang lebih peribadi dan selamat di kala pandemik Covid-19 ketika ini.
Menurunya, ia juga disasarkan kepada syarikat yang ingin meringankan beban aset mereka, tetapi masih mementingkan keboleh-fungsian mobiliti, serta untuk pengguna individu yang memahami bahawa kos pemilikan sesebuah kenderaan adalah melebihi daripada sekadar bayaran ansurannya semata, tetapi turut membabitkan kos lain seperti insurans, cukai jalan, servis dan alat ganti.
Tidak hanya itu, pelanggan Kinto One juga tidak perlu risau kerana semua servis yang diperlukan itu akan dikendalikan selengkapnya oleh pengedar sah Toyota, mengguna alat ganti tulen dan semua pelanggan Kinto One dilindungi di bawah insurans takaful komprehensif dengan bantuan kecemasan 24-jam.
Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran Kurusamy pula berkata, ia sesuatu yang baru ditawarkan oleh KINTO ONE dengan sasaran untuk memenuhi keperluan generasi muda pemilik kenderaan yang inginkan kebebasan dan mobiliti melalui pelan langganan bulanan dengan ansuran tetap dan inklusif, Kinto One sebenarnya sudah pun diperkenalkan di banyak negara lain.
“Walaupun baru saja diperkenalkan di sini, kami memulakannya dengan lengkung pembelajaran yang sudah melepasi tahap awal. Dengan sokongan Toyota Motors Corporation serta ketersediaan perbincangan intelektual dalam kalangan pengendali KINTO di seluruh dunia, ia telah menjadikan pengenalannya untuk pasaran tempatan lebih mudah bagi kami,” katanya.
Kinto One boleh didapati secara eksklusif secara dalam talian melalui laman web www.kinto-my.com di mana pelanggan boleh meninjau model kenderaan yang ada, memilih pelan langganan yang dirasakan bersesuaian dengan keperluan masing-masing dan seterusnya membuat permohonan semuanya secara dalam talian.
Model semasa yang ditawarkan termasuk Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry dengan banyak lagi model lain akan disertakan, termasuk dari Lexus. KINTO One kini secara rasminya boleh didapati oleh pelanggan di Malaysia bermula 18 Januari 2021.